Berita Auto

BMW 4 Series Coupe Facelift Dilancarkan di Malaysia

BMW Group Malaysia telah melancarkan 4 Series Coupe facelift yang ditawarkan dalam varian 420i Sport, 430i M Sport dan M4. Model dua pintu ini hadir bersama penambahbaikan dari segi penampilan, prestasi, ruang kabin dan penambahan teknologi ketersambungannya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

4 Series facelift menjanjikan reka bentuk lebih dinamik dan menyerlah menerusi bahagian hadapan serta belakang yang telah direka semula. Selain daripada corong kemasukan udara hadapan yang telah diubah suai, ia juga dilengkapi dengan lampu bi-LED baharu yang menggantikan lampu xenon pada model terdahulu.

The New BMW 430i Coupé M Sport (2)

Pada bahagian belakang, 4 Series menyerlahkan penampilannya melalui apron baru, paip ekzos berkembar berdiameter lebih besar dan lampu LED rekaan baru. Pembaharuan lain termasuklah rim aloi ringan bersaiz 19 inci serta warna biru (Snapper Rocks Blue) sebagai pilihan untuk varian 420i Sport.

Pengendalian turut dipertingkatkan dengan sistem suspensi baru yang lebih keras, sementara peredamnya telah ditala untuk mengekalkan pemanduan yang selesa. 420i mendapat suspensi standard manakala 430i pula dilengkapi dengan suspensi adaptif yang boleh ditala menerusi ciri Driving Experience Control.

The New BMW 430i Coupé M Sport (6)

Selain kokpit yang ergonomik, suasana ruang dalaman ditingkatkan menerusi lampu ambien, kemasan krom pada sistem audio dan pendingin hawa. Stereng sport pula hadir sebagai ciri standard. Manakala kemasan kulit Nora dan material lembut memberikan permukaan tekstur yang elegan kepada ruang dalaman kereta ini.

Varian 430i turut menampilkan antara muka pengguna generasi terkini (ID6) dengan enam ikon disusun di atas dua skrin sesentuh bersaiz 8.8 inci. Kedua-dua model itu didatangkan dengan perkhidmatan BMW Connected yang merangkumi Intelligent Emergency Call, Teleservices dan Remote Services melalui BMW Connected App. BMW Concierge Services pula hanya ditawarkan pada varian 430i.

The BMW 420i Coupé Sport  (10)

Dari segi tawaran enjin, 420i dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 184 hp dan 270 Nm, manakala 430i yang dijana oleh enjin yang sama mendapat 252 hp dan 350 Nm. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

The New BMW M4 Coupé (7)

Sementara itu, M4 facelift tampil lebih garang dengan lampu utama adaptif dan lampu belakang LED sepenuhnya sebagai ciri standard. Karakter M turut diserlahkan menerusi cermin sisi, gill, paip ekzos berkembar, bumbung karbon serta ‘powerdome’ pada bahagian bonet.

Di ruang kabin, lambang M yang telah direka semula dilekat pada bahagian hadapan tempat duduk M Sport. Lebar bahagian sisi tempat duduk boleh diubah suai untuk memberikan sokongan terbaik manakala posisi tempat duduk yang menegak menawarkan ventilasi efektif ketika berada di atas litar lumba.

The New BMW M4 Coupé (9)

Selain daripada stereng M dibalut kulit dan butang M Drive, kemasan dalaman gentian karbon dan krom premium, menyerlahkan lagi karakter kereta sports coupe tersebut.

M4 mempunyai 431 hp pada dan 550 Nm yang dihasilkan oleh enjin TwinPower Turbo bersesaran 3.0 liter dengan enam silinder. Digabungkan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan dan pacuan roda belakang, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.1 saat, dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

The New BMW M4 Coupé (12)

M4 Coupé hadir dalam warna seperti oren (Sakhir Orange), kuning (Austin Yellow) dan biru (Yas Marina Blue). Tawaran warna ruang kabin dan tempat duduk pula terdiri daripada kemasan kulit ‘Merino’ serta tempat duduk M Sports berwarna hitam.

Harga runcit (di atas jalan, tanpa insurans dengan jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun, program servis berjadual percuma dan jaminan tayar selama 2 tahun/24 bulan) bagi BMW 4 Series coupe adalah:

  • 420i Coupé Sport – RM338,800
  • 430i Coupé M Sport – RM408,800
  • M4 Coupé – RM760,800

The New BMW M4 Coupé (8)

Previous post

Sudahkah BMW Terlupa Hofmeister Kink Untuk GT 6-Series Baharu Mereka?

Next post

Ferrari J50 Dapat Penghargaan Tertinggi Anugerah Red Dot 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *