Motosikal / Lain Lain Roda

Honda CBR650F dan CB650F Terima Peningkatan Untuk 2017

Jentera empat silinder kelas pertengahan (middleweight) Boon Siew Honda iaitu CBR650F dan CB650F telah dipertingkatkan bagi tahun 2017 dengan spesifikasi yang dinaik taraf dan warna baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari aspek mekanikal, enjin 649 cc yang digunakan kini menghasilkan 8.98 hp pada 11,000 rpm dan 64 Nm tork pada 8,000 rpm, sedikit lebih tinggi berbanding model tahun 2016 yang mempunyai 81.8 hp dan 63 Nm. Ini merupakan hasil daripada penggunaan ‘intake’ baharu serta pengurusan aliran ekzos menerusi ‘muffler’ yang lebih pendek.

36469_H17_CBR650F_Special_006_AdditionalFile

Selain itu, kedua-dua CBR650F dan CB650F dilengkapi dengan fork hadapan Showa Dual Bending Valve (SDBV) baharu dan angkup brek Nissin untuk pengalaman menunggang yang lebih baik. Lampu LED pada bahagian depan dan belakang turut didatangkan secara standard.

New Muffler

Dengan harga RM47,115.94, CBR650F boleh didapati dalam tiga warna iaitu Mat Gun Powder Black (hitam), Millennium Red (merah) dan Pearl Metalloid White (putih). CB650F yang berharga RM44,995.44 pula ditawarkan dalam warna Mat Gun Powder Black (hitam), Millennium Red (merah), Pearl Spencer Blue (biru) dan Sword Silver Metallic (perak).

Digital Speedometer (close shot)

Kedua-dua model didatangkan dengan jaminan selama dua tahun dengan had perbatuan sehingga 20,000 km.

CB650F & CBR650F 02

Previous post

Lexus LC 500 Dilancarkan di Malaysia

Next post

Aneesa Pemilik Pertama Honda Jazz Sport Hybrid di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *