Berita Auto

Hyundai i30 N – Pencabar Terbaru Pasaran ‘Hot Hatch’ Eropah

Hyundai akhirnya mengumumkan kehadiran mereka ke arena ‘hot hatch’ dengan pelancaran model i30 N, sebuah model yang diinspirasikan oleh pengalaman Hyundai Motorsport dalam kejohanan rali dunia (WRC) sejak 2014.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti mana BMW dan barisan M-nya, ‘N’ merupakan barisan berprestasi tinggi Hyundai yang dilahirkan di pusat R&D jenama itu di Namyang, Korea, namun dibangunkan sepenuhnya di pusat ujian Hyundai yang terletak di litar Nurburgring.

hyundai-2017-all-new-i30n-21-1610

Dari segi reka bentuk, i30 N tampil dengan gerbang roda lebih besar bagi memuatkan rim berukuran 18 atau 19 inci. Berbanding i30 biasa, model ini ‘duduk’ 4 mm lebih rendah dengan rim 18 inci atau 8 mm lebih rendah dengan rim 19 inci. Signatur N boleh didapati pada angkup brek berwarna merah dan gril hadapan.

Bahagian dalaman pula menampilkan tempat duduk sports dengan sokongan lumbar yang didatangkan dengan kemasan suede dan kulit atau kain. Kluster instrumen elektroniknya direka khas untuk pemandu dengan penunjuk ‘shift timing’ dan zon merah pada meter LED yang berubah mengikut pemanduan atau suhu minyak enjin.

hyundai-2017-all-new-i30n-29-1610

i30 N dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang boleh didapati dalam dua output: 250 PS dengan Standard Package atau 275 PS dengan Performance Package. Kedua-dua versi bagaimanapun mempunyai 353 Nm tork dan boleh mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

Dengan kotak gear manual enam kelajuan dan pacuan roda hadapan, versi 250 PS mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.4 saat manakala versi 275 PS melakukannya dalam 6.1 saat.

hyundai-2017-all-new-i30n-19-1610

Antara teknologi perlumbaan yang boleh didapati pada i30 N termasuk sistem stereng kuasa motor (R-MDPS), Launch Control, ‘rev matching’, Electronically Controlled Suspension (ECS), Electronic Stability Control (ESC), serta Electronic Sound Generator (ESG), untuk pengalaman memandu yang lebih mengasyikkan.

Pemandu boleh memilih salah satu daripada lima mod pemanduan yang disediakan iaitu Eco, Normal, Sport, N dan N Custom. Mod-mod tersebut boleh diaktifkan melalui dua butang khas pada roda stereng. Ia akan mengubah karakter kereta tersebut menerusi enjin, penyerap hentak, ESC, E-LSD, bunyi enjin, stereng dan ‘rev matching’.

hyundai-2017-all-new-i30n-13-1610

i30 N Performance Package turut mendapat kelengkapan tambahan seperti roda 19 inci dengan tayar Pirelli P-Zero, angkup brek berwarna merah, brek cakera lebih besar (18 inci di hadapan, 17 inci di belakang), Electronic Limited Slip Differential (E-LSD) dan sistem ekzos dengan injap boleh ubah.

i30 N bakal dilancarkan di Eropah menjelang akhir tahun ini. Ia dikeluarkan di kilang pemasangan Hyundai yang terletak di Nošovice, Republik Czech.

hyundai-2017-all-new-i30n-15-1610

Previous post

Perodua Jual 99,700 Kenderaan Dalam Separuh Pertama 2017

Next post

Land Rover Defender: Projek Blackout

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *