Cerita Auto

Isuzu Malaysia Sumbang Trak Kepada PBSM

Setiap hujung tahun negara akan mengalami musim tengkujuh, banjir dan bencana alam yang akan memberi kesan kepada ribuan penduduk terumatanya di negeri-negeri pantai timur di Semenanjung Malaysia. Dengan tanggungjawab yang telah diberikan kepada sebuah pertubuhan sukarela seperti PBSM ianya bukan tugas yang mudah untuk menghantar bantuan kepada semua mangsa di dalam keadaan kecemasan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mereka memerlukan kenderaan seperti bot, kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan lori untuk memindahkan barang, mengagihkan barang-barang keperluan dan bekalan lain dimana perlu dilakukan secara sistematik dan pantas. Dalam keadaan tertentu, pasukan sukarelawan dan kenderaan peribadi diperlukan untuk membantu apabila kawasan yang terjejas menjadi semakin parah.

Oleh yang demikian, Isuzu Malaysia telah menyumbang sebuah trak Isuzu N-Series 5,000kg untuk kegunaan persatuan tersebut, ianya boleh digunakan pada waktu yang diperlukan, apatah lagi ketika musim tengkujuh yang akan melanda pada hujung tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka telah menyerahkan kunci trak Isuzu kepada Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Dato’ Sayed A. Rahman bin Sayed Mohd dan berharap sumbangan itu dapat meningkatkan lagi kecekapan persatuan tersebut untuk membantu mereka yang memerlukannya.

“Persediaan yang mantap boleh memberi kesan besar ketika berdepan dengan bencana alam. Dengan menyumbang sebuah trak yang efisien dan antara yang paling boleh dipercayai di pasaran sekarang kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, kami dari Isuzu berharap dapat menyumbangkan sesuatu kepada persatuan sukarela dalam memberi initiatif terbaik untuk membantu mangsa bencana alam,” kata Matsuoka.

Trak lori Isuzu N-Series 5,000kg daripada Isuzu Malaysia itu dilengkapi badan kotak beraluminium yang disumbangkan oleh Sri Hoong Huat Auto Trading Sdn Bhd (LEW’s), iaitu salah sebuah syarikat pembina badan trak utama di Malaysia.

Previous post

10 Finalis Galas Cabaran Subaru Car Challenge 2017 - Asian Face-Off

Next post

Honda Buka Litar Uji di Thailand Untuk Tingkatkan R & D Rantau Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>