Cerita Auto

Lexus LC 500 Dilancarkan di Malaysia

Lexus Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi Lexus LC baharu setelah tempahan bagi model ‘luxury coupe’ tersebut dibuka pada awal Jun lalu. Syarikat itu mensasarkan jumlah jualan sebanyak 10 unit bagi tahun 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diinspirasikan oleh kereta konsep LF-LC yang diperkenalkan pada 2012, LC merupakan kenderaan pertama Lexus yang dibina di atas platform Global Architecture-Luxury (GA-L) baharu yang menggunakan campuran keluli berketegangan tinggi serta aluminium. Plastik bertulang gentian karbon (CFRP) turut digunakan pada bahagian tertentu termasuk bumbung.

LC1215

LC menampilkan reka bentuk futuristik dengan impak visual yang disampaikan menerusi gril ‘spindle’ dan lampu utama LED. Bahagian sisi model ini menunjukkan garis bumbung dramatik manakala di bahagian belakang, reka bentuk lampu yang unik dengan efek cermin infiniti dan spoiler aktif memberikan LC gaya tersendiri.

LC3102

Untuk penglihatan yang optimum, ruang kabin LC yang menerima kemasan kulit dan Alcantara didatangkan dengan panel instrumen dan garis bonet yang rendah serta tiang A yang lebih nipis. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi paparan TFT seperti yang terdapat pada model LFA, skrin Electro Multi Vision (EMV) bersaiz 10.3 inci, tempat duduk sports, paddle shifter, dan sistem audio Mark Levinson.

LC8031

Pasaran Malaysia menerima varian LC 500 yang dikuasakan oleh enjin 5.0-liter V8 yang menghamburkan 471 hp dan 540 Nm tork. Dengan transmisi automatik 10 kelajuan yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang, model ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.4 saat dengan kelajuan maksimum 270 km/j.

LC6031

Menggunakan ciri Drive Mode Select, pemandu boleh menetapkan tahap prestasi LC 500 menerusi mode Normal, Custom, Comfort, Eco, Sport dan Sport+. Prestasi pemanduan dipertingkatkan dengan Lexus Dynamic Handling yang merangkumi ciri-ciri Variable Gear Ratio Steering (VGRS), Dynamic Rear Steering (DRS), dan Electric Power Steering (EPS). Kereta ini turut didatangkan dengan ‘limited slip differential’ Torsen di bahagian belakang.

LC6035

Antara ciri-ciri keselamatan yang disertakan termasuk lapan beg udara, Park Assist, Vehicle Dynamics Integrated Management (VDIM), Vehicle Stability Control, Traction Control, Blind Spot Monitor serta Rear Cross Traffic Alert.

LC0206

Dijual pada harga RM940,000 (harga atas jalan tanpa insurans), setiap Lexus LC 500 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Penyelenggaraan berjadual untuk lima tahun pertama atau 100,000 km juga diberikan secara percuma. Sokongan selepas jualan disediakan di Lexus Mutiara Damansara, Sg. Besi, Ipoh, Johor, Melaka, Pulau Pinang serta Kuching.

 

Previous post

Adakah Vietnam Pasaran Kereta Terbesar Seterusnya?

Next post

Honda CBR650F dan CB650F Terima Peningkatan Untuk 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>