Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Jual 5,913 Unit Kenderaan Pada Separuh Pertama 2017

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menamatkan separuh pertama tahun 2017 dengan rekod jualan sebanyak 5,913 unit dan 61,850 unit kenderaan diservis. Syarikat itu juga mengekalkan bahagian pasarannya sebanyak 2.2% sehingga Mei 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pertumbuhan MBM dalam tempoh tersebut dipacu oleh barisan limousin CKD iaitu C-, E- dan S-Class dengan 3,663 unit terjual. C-Class mendahului senarai dengan 2,075 unit, diikuti oleh E-Class dengan 1,358 unit dan S-Class dengan 230 unit.

MBM juga menjual 739 unit kereta kompaknya yang terdiri daripada A-, CLA- dan GLA-Class, dan 1,233 unit SUV dalam enam bulan pertama tahun ini.

Dalam tempoh yang sama, MBM meluaskan jaringannya dengan melancarkan  lima Autohaus baru iaitu di Kuching, Cheras, Bukit Tinggi, Kota Bahru dan Kuala Terengganu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31 pusat pengedar di seluruh negara.

Selain daripada itu, syarikat itu turut memperkenalkan OneWeb, satu platform digital yang direka untuk memenuhi keperluan pelanggan. Sebagai contoh, pelanggan boleh menempah sesi pandu uji mana-mana model atau temu janji servis secara online.

Mercedes-Benz Gallery pula membolehkan pelanggan meneroka jenama itu menerusi paparan realiti maya dan tanda-tanda digital interaktif. Selain itu, sebagai tambahan kepada Service Differentiation dan Product Experts yang diperkenalkan pada tahun lalu, MBM juga memperkenalkan SalesTouch, suatu alat mudah alih yang membolehkan perunding jualan memberikan maklumat berkaitan kepada pelanggan dalam masa sebenar. Ini termasuk perincian visual mengikut spesifikasi pilihan pelanggan.

Previous post

Bosch Mengalami Peningkatan Permintaan Teknologi Oto

Next post

Tiket MotoGP dan Pelbagai Hadiah Menanti Penunggang Motosikal di Siri Jelajah Shell Advance

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *