Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Mercedes-Benz X-Class Trak Pikap Gaya Hidup Mewah

Mercedes-Benz menjadi pengeluar kenderaan premium yang pertama memasuki pasaran trak pikap dengan pelancaran X-Class baharu. Sudah diketahui umum bahawa trak pikap tersebut merupakan hasil kerjasama Mercedes-Benz dengan Nissan yang menggunakan model NP300 Navara sebagai asas.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Mercedes-Benz, X-Class direka untuk kumpulan pembeli yang berbeza; misalnya, pemilik ladang di Argentina, pengikut trend di Afrika Selatan dan Britain, atau pencinta sukan lasak untuk pembeli di New Zealand dan Jerman. Ia akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu Pure, Progressive dan Power.

?????????

Penampilan X-Class pada bahagian hadapan tidak jauh berbeza dengan barisan SUV jenama itu dengan reka bentuk lampu, gril dan bonet yang biasa dilihat. Ia boleh dimilik dengan rim bersaiz 17,18, atau 19 inci bergantung kepada varian yang dipilih. Di bahagian belakang pula, X-Class dilengkapi dengan lampu nyalaan LED serta soket 12V bagi kemudahan pengguna.

??????????

Sesuai dengan jenamanya, ruang dalaman X-Class tampil mewah dengan kemasan seperti kulit Artico dan elemen-elemen yang biasa dilihat pada model Mercedes-Benz seperti roda stereng, panel instrumen serta paparan media COMAND Online bersaiz 8.4 inci. Trak pikap tersebut juga dilengkapi dengan pad sentuh yang terletak di konsol tengah.

??????????

X-Class mempunyai ukuran panjang 5,340 mm, lebar 1,920 mm, dan tinggi 1,819 mm dengan jarak roda sepanjang 3,150 mm. Ia mempunyai kapasiti muatan maksimum sehingga 1,042 kg dan kapasiti menunda sehingga 3,500 kg.

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Setakat ini, X-Class ditawarkan bersama enjin diesel 2.3-liter dengan dua pilihan kuasa: X 220 d dengan pengecas turbo tunggal yang menghasilkan 163 hp, atau X 250 d biturbo yang menghasilkan 190 hp. Bagi pasaran Dubai dan Morocco, model ini juga boleh didapati dalam versi petrol X 200 yang mempunyai 165 hp.

?????????

X-Class dilengkapi dengan transmisi manual enam kelajuan, namun varian X 250 d boleh didapati dengan transmisi automatik tujuh kelajuan. Kedua-dua X 200 d dan X 250 d juga boleh didapati dengan sistem pacuan semua roda 4Matic.

?????????

Bermula pertengahan 2018, Mercedes-Benz akan memperkenalkan varian X 350 d yang menggunakan enjin diesel V6 dengan 258 hp dan 550 Nm tork. Varian tertinggi ini didatangkan standard dengan sistem 4Matic, transmisi 7G-Tronic Plus, paddle shifter serta fungsi ECO Start/Stop. Sistem Dynamic Select juga disertakan, membolehkan pemandu memilih antara mod Comfort, ECO, Sport, Manual dan Offroad.

?????????

Antara ciri-ciri keselamatan yang disediakan termasuk Active Brake Assist, Lane Keeping Assist, Traffic Sign Assist, Trailer Stability Assist, serta kamera 360-darjah.

?????????

Di Jerman, Mercedes-Benz X-Class akan dipasarkan dengan harga 37,294 Euro atau RM186,144. Pemasangan bagi model pasaran Eropah, Australia dan Afrika Selatan akan dilakukan di Barcelona, Sepanyol, manakala model pasaran Amerika Latin pula dipasang di Cordoba, Argentina bermula 2019.

Previous post

Naza Italia Sambut Ulangtahun ke-70 Ferrari di Pulau Pinang Hujung Minggu Ini

Next post

BHPetrol Sampaikan Hadiah Kepada Pemenang Peraduan 'Beli & Menang 2'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *