Berita Auto

MPV Mitsubishi Bakal Muncul di GIIAS 2017

Mitsubishi bakal meletakkan dirinya sebagai pesaing dalam segmen MPV kompak di rantau Asia dengan model terbaru yang bakal dipamerkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2017 pada Ogos ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun secara rasminya masih belum mempunyai nama, model berasaskan XM Concept yang didedahkan di GIIAS 2016 ini dilaporkan akan menggunakan nama ‘Expander’. Ia akan dipasang di kilang baharu yang terletak di Bekasi, Jawa Barat dan akan dilancarkan ke pasaran Indonesia bermula September ini.

Tidak seperti kebanyakan MPV, Expander menampilkan reka bentuk agresif yang terhasil dari gabungan gaya SUV dan MPV. Tema ‘Dynamic Shield’ dengan lampu LED jelas terpampang pada bahagian hadapan model ini. Imej futuristik Expander dilengkapkan dengan garis tepi menyerlah serta rekaan bahagian belakang yang tersendiri.Dari segi saiz, Expander mempunyai ukuran panjang 4,475 mm, lebar 1,750 mm dan tinggi 1,700 mm, dengan ‘ground clearance’ setinggi 205 mm.

Mitsubishi Expander 03

Menurut Mitsubishi, MPV ini mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang dengan ruang kargo yang luas, serta akses mudah ke tempat duduk barisan ketiga. Ia juga didatangkan dengan sistem operasi keyless yang membolehkan enjin dihidupkan tanpa menggunakan kunci.

Aspek mekanikal pula terdiri daripada enjin 1.5-liter yang boleh dipadankan dengan transmisi manual atau automatik. Maklumat mengenai jumlah kuasa dan tork masih belum didedahkan, namun Mitsubishi mengatakan MPV tersebut mampu memanjat bukit walaupun dengan tujuh penumpang.

Mitsubishi Expander 02

Previous post

Pelanggan Audi Diberi Peluang Mencuba Piloted Driving Di Autobahn A9

Next post

SM Sport 110R Sertai Pasaran Kapcai Tempatan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *