Gaya Hidup

Toyota Vios Challenge Tampil Barisan Pelumba Handalan

Peminat sukan permotoran pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan perlumbaan pertama Vios Challenge di Pulau Pinang pada 12 dan 13 Ogos ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menampilkan barisan pelumba handalan seperti Keifli Othman, Boy Wong, Kenny Lee, James Veerapan, Syafiq Ali, Mark Darwin, Mitchel Cheah, Rocky Seow, Akina Teo dan Tengku Djan Ley, siri perlumbaan yang pertama kali diadakan ini menjanjikan persaingan sengit antara peserta.

Sebanyak 40 jentera lumba Vios akan digunakan dan setiap satu mempunyai spesifikasi teknikal yang sama seperti sistem ekzos, suspensi dan kit badan daripada Toyota Racing Development (TRD). Rim, tayar serta bahan api juga dibekalkan oleh penganjur perlumbaan.

Vios 2

“Ia akan menjadi perlumbaan yang sengit,” kata Keifli Othman, pelumba veteran yang juga pelumba ‘favourite’ bagi kejohanan ini. “Vios tersebut sangat responsif dan mudah untuk dikendalikan jadi pendatang baru serta pelumba berpengalaman akan merasa seronok berlumba dengan kereta ini.”

“Kereta ini begitu mudah untuk dipandu, saya terbiasa dengannya selepas hanya beberapa pusingan. Ia sangat seimbang dengan jumlah kuasa, pengendalian, brek dan pecutan yang tepat jadi saya fikir ia sama untuk pelumba baru dan berpengelaman,” ujar Kenneth Koh.

Toyota Vios Challenge

Vios Challenge akan menjadi acara utama di festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) yang akan bermula pada 12 dan Ogos ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Festival itu juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukkan drif, persembahan selebriti, food truck, uji pandu dan juga prebiu Toyota C-HR. Masuk adalah percuma.

Peminat boleh mengikuti perlumbaan dan maklumat terkini tentang Vios Challenge di laman web dan laman Facebook Toyota Gazoo Racing Malaysia.

Previous post

Mercedes-Benz Services Malaysia Perkenal Program Pembiayaan Sewa 'Lease2Go'

Next post

Volkswagen Passat dan Vento Kini Dengan Kadar Faedah Serendah 0.28%

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *