Motosikal

Yamaha MT-09 Tracer CKD Kini Di Pasaran

Yamaha MT-09 Tracer baharu telah dilancarkan secara rasmi oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Motosikal ‘touring’ itu merupakan model ‘big bike’ Yamaha keempat yang dipasang secara tempatan (CKD) selepas siri XJ, MT-07 dan MT-09. Ia juga merupakan model ‘flagship’ bagi barisan MT.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berasaskan model MT-09, Tracer turut berkongsi transmisi enam kelajuan dan enjin 847 cc, tiga silinder yang menghasilkan 115 PS pada 10,000 rpm dan 87.5 Nm tork pada 8,500 rpm.

Dengan berat kering 190 kg, model ini turut didatangkan standard dengan ciri ABS dan Traction Control System (TCS). Ia juga dilengkapi dengan brek cakera berkembar bersaiz 298 mm dan cakera tunggal 245 mm di belakang.

MT09 Tracer Matt Grey

MT-09 Tracer dijual pada harga RM52,000 (termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor plat) dan boleh didapati menerusi pengedar-pengedar sah HLYM bermula minggu hadapan. Ia didatangkan dalam dua warna iaitu Yamaha Blue dan Matte Grey.

Previous post

Volkswagen Passat Comfortline PLUS dan Trendline PLUS Kini Disini

Next post

Naza Italia Sambut Ulangtahun ke-70 Ferrari di Pulau Pinang Hujung Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>