Berita Auto

Yuumi Dilantik Sebagai Duta Isuzu Malaysia

Isuzu Malaysia telah mengumumkan pelantikan penghibur dan model berbakat, Yuumi, sebagai duta jenama tersebut. Dilahirkan di Jepun, Yuumi dan ibu-bapanya telah berpindah ke Malaysia sejak beliau berumur lima tahun. Beliau bersekolah di negara ini dan fasih bertutur dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Jepun, Inggeris, Melayu serta Cina.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Yuumi memulakan kariernya sebagai model pada tahun 2015 dan mengembangkan bakatnya dalam bidang televisyen di mana beliau muncul dalam rancangan televisyen tempatan berjudul Jenaka Kampung Kalut. Rancangan tersebut berlangsung selama 13 episod dan ditayangkan di TV3. Beliau juga mengambil bahagian dalam rancangan Melodi serta Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Pada Ogos ini, Yuumi akan tampil dalam rancangan “The Captivating Travel of Malaysia” yang akan membuat kemunculan di beberapa saluran televisyen kabel dan satelit Jepun seperti CATV, SkyPerfecTV dan IPTV.

“Walaupun masih muda dan berada pada peringkat perkembangan kerjayanya, beliau amat komited untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat Malaysia dan sanggup mengambil cabaran di negara ini, sama seperti kami. Di samping itu, karisma dan personaliti beliau yang ceria sesuai dengan jenama Isuzu,” kata Hajime Machimura, Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia.

“Saya amat teruja dan berasa amat berterima kasih atas kerjasama dengan Isuzu Malaysia. Ini adalah satu penghormatan yang luar biasa dalam kerjaya saya untuk dikaitkan dengan Isuzu, jenama Jepun terunggul di Malaysia dan di seluruh dunia,” ujar Yuumi.

Sebagai wajah baru Isuzu Malaysia, Yuumi akan tampil di kempen-kempen media digital dan sosial, serta siri jelajah. Beliau juga akan membuat kemunculan sebagai gadis gelanggang tinju di kejohanan anjuran World Boxing Council (WBC) Asia dan Pacific Boxing Federation (OPBF) pada 9 Julai ini di Mid Valley Exhibition Center. Isuzu Malaysia merupakan penaja utama perlawanan tersebut.

Previous post

Kelebihan-Kelebihan Biodiesel

Next post

Kereta Elektrik Nissan Tama 1947 .... Lama Sebelum LEAF

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *