Gaya Hidup

10,000 Pengunjung Dijangka Hadir Festival Toyota Gazoo Racing Hujung Minggu Ini

Orang ramai yang ingin berkunjung ke festival Toyota Gazoo Racing (TGR) pada hujung minggu ini diminta untuk tiba awal supaya tidak terlepas pelbagai aksi serta aktiviti menarik yang bakal disediakan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan perlumbaan-perlumbaan sengit, kemunculan selebriti serta permainan yang menjanjikan pelbagai hadiah, UMW Toyota Motor menjangkakan lebih 10,000 pengunjung akan hadir pada 12 dan 13 Ogos ini.

Tumpuan sudah tentunya terarah kepada perlumbaan Vios Challenge pusingan pertama di mana 40 buah jentera lumba Vios bersaing dalam kelas masing-masing dalam perlumbaan selama 25 minit.

Vios 2

Kategori yang ditunggu-tunggu adalah Kategori Promosi yang disertai oleh barisan selebriti seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Janna Nick, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice Min dan Shawn Lee.

Sementara itu, kategori Super Sporting menjanjikan lebih aksi di antara pelumba-pelumba terkenal negara seperti Boy Wong, Kenny Lee, James Veerapan, Syafiq Ali, Mark Darwin, Mitchel Cheah, Rocky Seow, Akina Teo dan Tengku Djan Ley.

Toyota Vios Challenge

Festival TGR juga bakal menyajikan aksi drift oleh juara D1 Drift Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino. Ahli-ahli kelab pemilik Toyota juga akan diberi peluang untuk mencuba sendiri teknik tersebut menggunakan barisan kenderaan Toyota.

Kanak-kanak juga akan dihiburkan dengan persembahan tarian, pasukan sorak serta nyanyian. Peminat bertuah yang mengambil swafoto bersama selebriti juga akan dipilih untuk merasai pengalaman menaiki jentera lumba Vios Challenge di Litar Batu Kawan. Bas siri jelajah ‘Drama Sangat’ juga menanti pengunjung.

C-HR Front

Orang ramai yang hadir juga berpeluang untuk melihat Toyota C-HR baharu dengan lebih dekat lagi. Promosi Beli & Menang juga masih diadakan, jadi pelanggan boleh mendapatkan tawaran-tamaran hebat yang menjanjikan hadiah-hadiah menarik seperti sebuah Toyota Vios Sports Edition dan lawatan ke Tokyo Motor Show 2017 di Jepun.

Masuk ke festival Toyota Gazoo Racing adalah percuma dan pintu dibuka dari 12 tengahari hingga 8 malam.

Previous post

Naza Premira memperkenalkan Piaggio Medley S 150 ABS

Next post

Leona Chin Sasar Bawa MUDAH Racing Ke Tahap Lebih Tinggi Dalam Sukan Permotoran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>