Gaya Hidup

Apa Bezanya Auto Detailer Dengan Car Wash?

Selain dari harga ianya adalah

1. Barangan yang di gunakan.

2. Cara kereta anda di basuh.

3. Ketelitian mereka mencuci kereta anda.

Pernahkah anda mengecat rim tayar anda dan sesudah kereta dibasuh anda dapati yang cat rim kereta anda rosak?

Perhatikan bagaimana mereka membasuh kereta anda. Adakah mereka menggunakan span yang sama menggosok kesemua bahagian kereta anda?

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kalau jawapan anda ya kepada soalan-soalan ini anda mungkin telah membasuh kereta anda disalah satu tempat-tempat car wash yang muncul bagaikan cendawan selepas hujan. Mereka boleh dijumpai di merata tempat. Dimana ada tanah lapang di tepi jalan, di situ pasti ada car wash. Janji ada pam air, pam angin, sabun, span, kain, air dan tenaga kerja … boleh jalan.

Tetapi auto detailer susah sikit nak cari kerana bukan senang nak buka satu perniagaan auto detailer. Barangan yang mereka pakai berkualiti mahal dan berjenama. Mereka gunakan tapak kedai dan berbelanja tinggi untuk mengubah suaikannya agar bersih, indah, nyaman. Alat-alatan mereka canggih. Dan mereka semua, dari boss kepada tenaga kerja menjalani latihan sebelum dibenarkan menyentuh mana-mana kereta pelanggan.

Salah satu daripada Auto Detailer ini ialah Stellar Auto Detailer di Jalan Genting Kelang. Baru membuka kedai mereka hanya beberapa minggu saja.

Saya sempat bertemu dengan director dan partnernya baru baru ini.

Stellar Auto Detailer KL

 Auto Detailing Center @ Metro 126 Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur.

Pandu ke sana guna Waze: https://waze.to/lr/hw2864w6fv

 

Screen Shot 2017-08-13 at 2.28.38 AM

Screen Shot 2017-08-13 at 2.28.08 AM

Screen Shot 2017-08-13 at 2.28.25 AM

 

 

 

 

 

Previous post

Next Bike Lancar Dua Varian Ducati Di NAZA Merdeka Autofair 2017

Next post

Honda CB500XA 2017 Dapat Peredam dan Pilihan Warna Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *