Motosikal / Lain Lain Roda

Barisan Triumph Street Triple 2018 Dilancarkan di Malaysia

Fast Bikes Sdn Bhd, pengimport dan pengedar motosikal Triumph di Malaysia, dengan rasminya telah melancarkan barisan model Street Triple 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tiga varian telah diperkenalkan bagi pasaran tempatan – Street Triple S, Street Triple R versi Low Ride Height (LRH) dan Street Triple RS. Model entry-level iaitu Street Triple S boleh boleh didapati dalam dua warna – Diablo Red dan Phantom Black, dengan harga RM52,900.

The new Triumph Street Triple RS and S

Street Triple R (LRH) menawarkan tiga warna iaitu Crystal White, Phantom Black dan Matt Silver Ice, dengan harga RM59,900. Versi LRH ini mempunyai tempat duduk berketinggian 780 mm, 30 mm dan 45 mm lebih rendah berbanding Street Triple S dan RS.

2017 Triumph Street Triple R 01

Varian Street Triple RS pula disediakan dalam dua warna iaitu Matt Silver Ice dan Phantom Black (Metallic), dengan harga RM66,900. Semua harga tersebut adalah termasuk GST.

2017 Triumph Street Triple R 02

Berbanding model sebelum ini yang menggunakan enjin 675 cc, versi terbaru ini dijana oleh enjin 765 cc tiga silinder yang mempunyai 80 komponen baharu. Bermula musim 2019, enjin ini akan digunakan bagi kejohanan MotoGP dalam kategori Moto2.

2017 Triumph Street Triple RS 04

Untuk Street Triple S, enjin itu menghasilkan 111 bhp pada 11,250 rpm dan 73 Nm tork pada 9,100 rpm. Bagi varian R, enjin itu menghasilkan 116 bhp pada 12,000 rpm dan 77 Nm tork pada 9,400 rpm, manakala RS pula mendapat 121 bhp pada 11,700 rpm dan 77 Nm tork pada 10,800 rpm.

Triumph Street Triple RS

Kuasa dipacu melalui klac berbilang plet basah dengan fungsi slip and assist. Hanya varian RS sahaja yang dilengkapi dengan quickshifter sebagai kelengkapan standard.

Triumph Street Triple RS

Kuasa diselaras oleh ECU pintar yang menawarkan sehingga lima mod tunggangan yang berbeza. Street Triple S dilengkapi dengan dua mod – Rain dan Road, manakala varian RS dilengkapi dengan lima mod iaitu Rain, Road, Sport, Track dan mod yang boleh diprogram oleh penunggang, Rider. Varian R pula dilengkapi dengan mod yang sama seperti RS kecuali Track. Ketiga-tiga varian didatangkan dengan ABS dan Traction Control.

2017 Triumph Street Triple 01

Berikut adalah spesifikasi lengkap bagi ketiga-tiga varian (klik untuk besarkan).

2018 Triumph Street Triple_Specifications-0

2018 Triumph Street Triple_Specifications-1

2018 Triumph Street Triple_Specifications-2

2018 Triumph Street Triple_Specifications-3

 

 

Previous post

Volvo S60 dan V60 Polestar Kini Dengan Kit Badan Gentian Karbon

Next post

Pasaran Global Kereta Ternanti Nanti SUV Baharu Dari Chery Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *