Motosikal

BMW Bakal Perkenalkan 3 Motosikal Baharu di Pusingan Kelayakan GS Trophy 2017 di Sepang

BMW Motorrad Malaysia bakal memperkenalkan tiga model motosikal iaitu G310R serba baharu, S1000R dan R1200GS Adventure baharu pada Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy 2017 Malaysia Asia Tenggara pada 12 dan 13 Ogos ini di Sepang Motorcross Track.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

BMW G310R (RM26,900)

Motosikal jenis roadster ini mengetengahkan enjin silinder tunggal 313 cc dengan penyejukan cecair, empat injap, dua overhead camshafts dan pancitan bahan elektronik. Dengan kuasa sebanyak 34 hp pada 9,500 rpm dan 28 Nm pada 7,500 rpm, enjin tersebut cukup dinamik apabila dipadankan dengan jentera tanpa beban seberat 158.5 kilogram.

BMW G 310 R_03

Dari segi suspensi, G310R menawarkan kilasan yang keras, di samping kerangka tiub besi tegar dalam struktur grid dengan kerangka belakang jenis bolt-on. Suspensi hadapan menggunakan fork terbalik, manakala suspensi belakang menggunakan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung.

BMW G 310 R_04

Sama seperti semua motosikal BMW, G310R dilengkapi dengan sistem brek ABS sebagai ciri standard. Roda hadapan dipasang dengan brek cakera tunggal 300 mm bersama angkup empat omboh manakala roda belakang menampilkan angkup terapung dua omboh bersama cakera brek bersaiz 240 mm.

BMW G 310 R_05

G310R akan dilancarkan secara rasmi pada acara Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy 2017 Asia Tenggara dan bakal berada di semua bilik pameran sah BMW Motorrad mulai minggu depan.

BMW S1000R (RM92,900)

Menampilkan enjin 999 cc empat silinder yang telah terbukti, S1000R kini mempunyai kuasa sebanyak 165 hp pada 11,000 rpm (5 hp lebih tinggi berbanding sebelum ini) dan juga 2 kg lebih ringan dengan berat 205 kg.

BMW S 1000 R_03

Antara penambahbaikan pada enjin termasuklah intake yang dioptimumkan dan bunyi ekzos. Dengan penggunaan peredam HP titanium sebagai standard, S1000R mampu menghasilkan bunyi yang lebih mengujakan. Ia juga menampilkan ciri penyahgetaran pada bar hendal yang mampu mengurangkan getaran, sekali gus menawarkan pengendalian dan keselesaan yang lebih baik.

BMW S 1000 R_04

Motosikal jenis naked itu juga menawarkan mod tunggangan Rain dan Road, serta ASC (Automatic Stability Control) sebagai ciri standard. Dengan mod-mod tunggangan tersebut, kuasa dan tork pada S1000R boleh disesuaikan untuk mengawal maklum balas Race ABS serta ASC dalam apa jua keadaan.

BMW S 1000 R_02

Penampilan dinamik S1000R diserlahkan menerusi dua skim warna baharu iaitu merah/hitam (Racing Red/Blackstorm) dan kelabu (Catalano Grey).

BMW R1200GS Adventure (RM116,900)

Sama seperti semua model BMW Motorrad yang menggunakan enjin boxer dengan sistem penyejukan cecair, model ini juga telah dibangunkan dengan satu peredam getar pada aci output transmisi. Ciri baru termasuklah satu pemilih gerak gelendong yang telah ditambah baik, aci transmisi, galas aci transmisi dan lampu indikator OBD pada kokpit.

BMW R 1200 GS Adventure Triple Black_01

Buat pertama kalinya, BMW Motorrad Malaysia memenuhi hasrat ramai pelanggan dengan membawakan versi Triple Black yang didatangkan dengan kemasan serba hitam.

BMW R 1200 GS Adventure Triple Black_03

Pelindung tangki tengah, penutup kompartmen storan dan madgad hadapan dalam warna Blackstorm bersama panel sisi tangki dengan warna Dark Slate memberikan model enduro ini penampilan yang maskulin. Perincian terhadap aspek teknikal diserlahkan menerusi kerangka hadapan dan belakang dalam warna kelabu (Agate Grey) bersama kombinasi enjin, kotak gear dan lengan ayun berwarna hitam.

BMW R 1200 GS Adventure Triple Black_02

Tempat duduk baharu berwarna hitam dengan sulaman GS pada bahagian tempat duduk pembonceng melengkapkan penampilan R1200GS Adventure Triple Black ini.

 

Previous post

Beli Toyota Baharu dan Menangi Vios Sports Edition atau Lawatan ke Tokyo Motor Show

Next post

PICKnGO Kini di Malaysia Secara Rasmi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>