Sukan

Cabaran Yamaha NVX Kategori Baharu Cub Prix

Pencarian bakat baharu sukan permotoran kini diteruskan dengan pengenalan perlumbaan Cabaran Yamaha NVX oleh pihak Hong Leong Yamaha bersama-sama penganjur bermula pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka, 5 dan 6 Ogos ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perlumbaan Cabaran Yamaha NVX bakal menggunakan motosikal skuter yang baharu dilancarkan, Yamaha NVX 155 melibatkan penyertaan 20 remaja belasan tahun yang bercita-cita untuk mengikut jejak langkah pelumba negara yang mencipta nama di pentas antarabangsa ketika ini seperti Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin Abdullah, Adam Norrodin dan Zulfahmi Khairuddin.

“Perlumbaan ini menggunakan format serupa dengan dua perlumbaan satu pengeluar sedia ada, pada masa sama pelumba-pelumba yang melepasi ujian pemilihan telah dipanggil menjalani satu sesi latihan kendalian Yamaha sebagai proses menyesuaikan diri dan dapat mengendalikan jentera ini dengan baik sewaktu di litar,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

“Pengenalan kategori ini juga menjadi satu lagi landasan untuk remaja belasan tahun mempamerkan kebolehan mereka dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi.”

Saksikan perlumbaan pertama Cabaran Yamaha NVX di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka pada hujung minggu ini. Masuk adalah percuma.

Previous post

Mercedes-Benz S400h Kini Dengan Pakej AMG Line

Next post

Tayar Michelin Pilot Sport 4S Baharu Dilancar Di Litar Antarabangsa Sentul Bogor Indonesia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>