Motosikal / Lain Lain Roda

Honda CB500XA 2017 Dapat Peredam dan Pilihan Warna Baharu

Boon Siew Honda secara rasminya telah melancarkan CB500XA edisi 2017 yang kini didatangkan dengan peredam baharu. Turut ditawarkan adalah tiga pilihan warna baharu iaitu Asteroid Black Metallic, Candy Rosy Red dan Pearl Horizon White.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

CB500XA dikuasakan oleh enjin 471 cc, silinder berkembar selari yang menghasilkan 47 hp pada 8,500 rpm dan 44 Nm pada 7,000 rpm. Enjin tersebut mempunyai bore and stroke 67 mm x 66.8 mm, manakala piston pula dibentuk mengikut yang digunakan pada model CBR1000RR bagi mengurangkan bunyi bising pada tahap rpm tinggi.

???????????

Lain-lain, motosikal dual-purpose itu menampilkan tangki minyak 17.5 liter, lampu LED depan dan belakang, fork teleskopik dan suspensi monoshock serta ABS.

???????????

Ia boleh didapati di bilik pameran Honda Impian dengan harga bermula dari RM31,893.28 untuk CB500X standard dan RM35,391.28 untuk CB500XA yang mempunyai ABS. Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.

 

Previous post

Apa Bezanya Auto Detailer Dengan Car Wash?

Next post

BMW X2 Didedahkan Dengan Pelekat Penyamaran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *