Berita Auto

Isuzu Malaysia Serah 6 Unit Trak Isuzu Forward kepada YHL Trading

Isuzu Malaysia baru-baru ini menyerahkan enam unit trak Isuzu Forward baharu kepada syarikat YHL Trading (KL) Sdn Bhd. Unit-unit trak tugas sederhana tersebut diperolehi daripada Indah Utara Auto Sdn Bhd, sebuah syarikat pengedar berdaftar di bawah Isuzu Malaysia yang berpusat di Utara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

YHL Trading merupakan anak syarikat di bawah Kumpulan Sin Hock Soon, yang menjalankan perniagaan pengilangan serta pembungkusan beras. Trak-trak Isuzu yang diperolehi bakal memastikan perjalanan yang lancar serta penghantaran pantas untuk rangkaian produk beras ‘Sunflower’.

Enam trak baharu ini merupakan tambahan kepada 13 trak tugas ringan Isuzu ELF yang sedia ada di bawah Kumpulan tersebut, yang sebelum ini telah diperolehi untuk berkhidmat di bawah syarikat Sin Hock Soon Transport Sdn Bhd, Sin Hock Soon Edible Oil Sdn Bhd dan YHL Trading Sdn Bhd.

Kepercayaan Kumpulan Sin Hock Soon terhadap rangkaian kenderaan Isuzu Malaysia terjalin sejak pembelian pertama pada tahun 2013. Pada tahun 2015, Kumpulan tersebut telah membuat penambahan kepada flit pengangkutan mereka dengan membeli lapan unit trak tugas ringan Isuzu ELF untuk Sin Hock Soon, dan empat lagi unit di bawah YHL Trading. Pada tahun 2016 pula, satu lagi unit Isuzu Forward FVR285 telah diperolehi.

Majlis penyerahan telah dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Mikio Tsukui, yang telah menyerahkan replika kunci kepada Tony Yew, selaku Pengarah Sin Hock Soon. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Pengarah Urusan Indah Utara Auto Sdn Bhd, Poh Seng Hooi, dan Pengurus Jualan, Tok Beng Chew.

Previous post

Peserta Wanita Pertama ke Pusingan Akhir Cabaran Fuelwatch Volvo Trucks Malaysia

Next post

Moto Guzzi Gasket Alley Kini Dibuka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *