Cerita Auto

Isuzu mu-X Facelift Masuk Pasaran Malaysia

Isuzu mu-X facelift telah dilancarkan di Malaysia dengan beberapa penambahbaikan pada aspek luaran, dalaman serta keselamatan. Model tersebut dilancarkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang bersempena dengan History Convention 2017 pertama yang ditaja oleh Isuzu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diinspirasikan oleh helang, mu-X tampil lebih garang dengan lampu projektor bi-LED dengan spektrum biru dan lampu nyalaan siang LED pada bahagian hadapan serta lampu kabus di bahagian belakang. Rim aloi 18 inci melengkapkan imej agresif SUV tujuh tempat duduk tersebut.

07.GEXP RHD_Malaysia

Ruang kabin mu-X kini didatangkan dengan tempat duduk kulit, serta kemasan sentuhan lembut dan panel corak kayu pada bahagian papan pemuka dan pintu. Ia juga mendapat panel meter e-Lumax baharu dengan paparan pelbagai maklumat (MID). Aspek infotainment pula merangkumi lapan pembesar suara, skrin sesentuh DVD bersaiz 8 inci dan skrin di bahagian siling kenderaan.

Dash board brown 2_032normal_4 copy

Buat pertama kalinya, mu-X menampilkan ciri Hill Descent Control (HDC) yang membolehkan kenderaan menuruni bukit secara lancar dan terkawal. Ia boleh digunakan pada kelajuan sehingga 30 km/j dan pemandu boleh mengawal kelajuan dengan menggunakan brek atau pedal pemecut.

Back Seat TV copy

Bagi keselamatan pula, SUV ini kini dilengkapi dengan enam beg udara, di samping ciri-ciri sedia ada seperti ABS, Traction Control System (TCS), Electronic Stability Control (ESC), Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA) dan Hill Start Assist (HSA).

09.GEXP RHD_Malaysia

Harga (atas jalan tanpa insurans) bagi mu-X facelift bermula dari RM176,640 bagi varian 4X2 dan dari RM183,000 bagi varian 4X4. Kedua-dua varian dilengkapi dengan transmisi automatik lima kelajuan dengan enjin 2.5-liter VGS Turbo Intercooler yang menghasilkan 136 PS dan 320 Nm. Ia boleh didapati dalam empat warna iaitu Silky White Pearl, Titanium Silver Metallic, Cosmic Black Mica serta warna baharu Havana Brown.

 

Previous post

Anda Sekarang Boleh Beli Minyak Motor Shell dan Pakej Servis di Lazada

Next post

Hyundai Ioniq Kini Dengan Sistem AVN

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>