Sukan

Jasin Venue Baru Cub Prix Musim 2017

Saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS terus dirancakkan dengan penambahan venue baru dalam kalendar musim 2017 apabila Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka akan menjadi hos bagi pusingan keenam pada 5 dan 6 Ogos ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jasin merupakan venue baharu kedua musim ini setelah Litar Lumba Tangkak, Johor yang siap sepenuhnya pada tahun ini menjadi hos bagi pusingan kedua, Mac lepas.

“Perlumbaan minggu ini pasti sengit kerana litar yang baharu, dan selain itu pertambahan kategori baharu iaitu perlumbaan Cabaran Yamaha NVX akan bermula pada minggu ini,” jelas Shafry Azizan, Ketua Operasi Cub Prix.

“Sebagai langkah promosi, pihak penganjur bersama Majlis Perbandaran Jasin serta beberapa pihak lain juga telah melakukan promosi secara konvoi bermotosikal mengelilingi sebahagian negeri Melaka, iaitu aktiviti yang julung kalinya diadakan. Kita harapkan orang ramai di kawasan sekitar dapat beramai-ramai memeriahkan perlumbaan,” jelasnya.

Selepas lima pusingan perlumbaan, Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mendahului kedudukan keseluruhan dengan 75 mata, lapan mata mengatasi Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di tangga kedua dengan 67 mata. Tempat ketiga milik rakan sepasukan Kasma, Ahmad Fazli Sham dengan 40 mata.

Kelas CP115 dikuasai duo PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz dan Md Haziq Fairues, masing-masing mengumpul 95 mata dan 65 mata manakala kelas Wira diungguli oleh Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech) dengan 86 mata.

Previous post

UMW Toyota Akan Mulakan Siri Jelajah C-HR Lebih Awal

Next post

Tesla Model 3 Akhirnya Mula Dihantar Kepada Pemilik-Pemilik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>