Berita Auto

Kunjungi Volkswagen Fest 2017 Hujung Minggu Ini

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) buat pertama kalinya akan mengadakan Volkswagen Fest 2017 yang akan berlangsung dari 11 hingga 13 Ogos 2017 di Pusat Konvensyen Setia City.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara tersebut akan menyaksikan pelancaran dua model edisi istimewa Volkswagen iaitu Jetta Allstar dan Beetle edisi Merdeka ke-60 bersempena dengan sambutan hari kebangsaan tidak lama lagi.

Selain itu, orang ramai berpeluang memandu uji pelbagai kenderaan Volkswagen selain mendapatkan tawaran-tawaran menarik seperti servis percuma selama setahun, kadar bunga 0.28% bagi Vento dan 0.88% bagi Passat, pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun bagi model terpilih dan pemeriksaan 20 mata percuma untuk pemilik Volkswagen.

Bagi memudahkan pelanggan, Volkswagen akan menyediakan perkhidmatan penilaian secara percuma manakala pihak bank yang bekerjasama dengan jenama itu akan hadir bagi melancarkan proses sewa beli.

Lain-lain aktiviti menarik yang menanti para pengunjung termasuklah perhimpunan kereta klasik Volkswagen seperti Beetle dan Kombi yang disertai oleh pemilik dari seluruh negara, trak makanan, persembihan muzikal, dan sesi mikrofon terbuka untuk penyanyi berbakat. Sesi Sunset Yoga dan Zumba juga akan diadakan oleh Fitness First.

Festival ini terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my.

Previous post

Guru Bertuah Pemilik Perodua Axia ke-250,000

Next post

Siri Kedua Kempen Keselamatan Nissan 2017 Dimulakan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *