Cerita Auto

Mercedes-Benz GLC 200 Ini Mesra Executive Muda

Saya pernah ke Kota Kinabalu beberapa kali dan setiap kali ke sana saya pasti akan mengunjung Mount Kinabalu National Park. Itu sudah kira wajib bagi saya. Mesti pergi. Saya memang suka ke sana kerana jalannya amat menyeronokan. Berliku-liku, pemandangan memukau, serta udara sejuk dan nyaman.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Saya sudah ke sana menaik van, bas, motosikal, trak pikap dan juga dengan pelbagai suv.  Kesemuanya best. Itu dulu. Itu sebelum saya merasa yang ini. SUV Mercedes Benz. Hari pertama Mercedes Benz GLC 250 dan hari kedua GLC 200 yang baharu dilancarkan hari Isnin 28 hb Ogos di Hap Seng Star Kota Kinabalu.

Ianya memang apa yang dijanjikan iklan-iklan mereka dan kesemua mereka dari Mercedes Benz.

Apa yang paling saya suka? Tunggangannya adalah seperti memandu diatas awan. Ianya solid seperti kereta kebal tetapi smooth seperti terapung diatas awan. Pikapnya laju. Amat sesuai untuik memotong kesemua kenderaan perlahan. Ianya mewah dan selamat dan yang paling susah untuk dicapai mereka sebelum ini … gayanya. Yang ini … memang ada gaya.

Saya membesar dengan Mercedes Benz. Arwah ayah saya dahulu pegawai kerajaan dan dulu kenderaan opisnya ialah Mercedes dan sejak dari itu saya selalu kaitkan Mercedes dengan orang tua. Semua kawan-kawan arwah ayah saya pun semua pakai Mercerdes. Bila saya membawanya ianya macam membawa teksi. Keretanya, lasak, tahan, kuat dan boleh diharapkan bila-bila masa tetapi tak bersemangat, tak bergaya.

Itu dulu. Sekarang lain. Yang mula-mula mengubahkan permikiran saya terhadap Mercedes ialah A Class baharu mereka, terutama sekali A45 AMG mereka. Itulah game changer mereka. Ianya bersemangat dan bergaya dan harganya. Masih mahal tetapi tidak melampau mahal.

Akhirnya mereka sudah berjaya menukarkan persepsi yang kereta mereka kereta orang tua. Ramai executive muda sekarang sudah mula memandang dan lambat laung membeli Mercedes Benz barisan A  Class dan sekarang, Mercedes Benz barisan GL mereka.

Dan dengan harga RM288,888.00 saya pasti Mercedes Benz GLC 200 CKD baharu mereka ini akan dimiliki ramai executive muda.

Mercedes-Benz Financial menawarkan pembiayaan yang sangat menarik untuk varian SUV mereka. Biayai GLC 200 (CKD) baharu ini dengan RM2,888 * sebulan dan untuk GLC 250 4MATIC (CKD) RM3,258 * sebulan. Ansuran bulanan dikira berdasarkan tempoh 3 tahun di bawah Pembiayaan Agility, jarak 20,000 km setahun dengan bayaran balik sebanyak 20.34%. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Model

GLC 200 (CKD)

GLC 250 4MATIC (CKD)

Combustion engine

4 in-line, 4 valves per cylinder

4 in-line, 4 valves per cylinder

Displacement (cc)

1991

1991

Rated output (kW/hp)

135/184 at 5500

155/211 at 5500

Torque (Nm)

300 at 1200 – 4000

350 at 1200 – 4000

Transmission

9G-TRONIC 9-Speed Automatic Transmission

9G-TRONIC 9-Speed Automatic Transmission

Maximum speed (km/h)

210

222

0-100 km/h (s)

8.7

7.3

Fuel consumption (l/100 km)

6.5 – 7.2

6.5 – 7.1  

Harga (OTR tanpa Insuran). 

Termasuk GST

RM288,888

RM 325,888

 

 

 

 

 

Previous post

Boon Siew Honda Lancarkan CRF250L dan CRF250 Rally

Next post

Volvo S60 dan V60 Polestar Kini Dengan Kit Badan Gentian Karbon

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>