Sukan

Michelin Taja Pertandingan Pemandu Scania Asia Tenggara Buat Kali Kelima

Michelin Malaysia kembali sebagai Penaja Tayar Rasmi Pertandingan Pemandu Scania Asia
Tenggara 2016-2017, mengukuhkan komitmennya untuk membekalkan tayar yang selamat,
tahan lama, menjimatkan minyak dan memberikan prestasi tinggi kepada lori dan bas yang
perlu menjalankan tugas berat mengangkut muatan berat dalam pelbagai keadaan jalan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Edisi 2016-2017 pertandingan menandakan sokongan berterusan Michelin selama lima tahun
sejak acara dwitahunan ini diperkenalkan di Malaysia pada 2009. Pertandingan Pemandu
Scania dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya,
meningkatkan keyakinan, profesionalisme, pengetahuan dan kemahiran pemandu, serta
membaiki persepsi orang ramai terhadap pemandu kenderaan berat khususnya dan industri
secara amnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pertandingan sebelum ini dibuka kepada penyertaan pemandu dari Malaysia dan Singapura.
Kini, buat pertama kalinya, peserta akhir yang terpilih daripada 1,000 pemohon dari Malaysia,
Singapura, Myanmar, Filipina dan Indonesia akan bersaing menentang satu sama lain untuk
dinobatkan sebagai Pemandu Lori dan Pemandu Bas Terbaik di Asia Tenggara.
Alexis Richard, Pengarah Komersial Trak & Bas Michelin Malaysia, berkata bahawa sebagai
pemimpin pasaran dalam teknologi tayar, Michelin mengakui tahap kemahiran tinggi
diperlukan oleh industri kenderaan berat dan percaya pertandingan ini dapat meningkatkan
keselamatan dan kemahiran pemandu, serta mengurangkan kos kerosakan dan
penyelenggaraan kenderaan, yang seterusnya boleh menambah baik kecekapan dan
keuntungan operasi.

??????????????????????
“Sebagai satu-satunya titik sentuhan antara kenderaan dan permukaan jalan, tayar penting
untuk memberikan prestasi optimum kenderaan bagi memastikan perjalanan yang selamat
dan boleh dipercayai. Oleh itu, pemilihan dan penyenggaraan tayar yang sewajarnya untuk
kenderaan besar boleh mengurangkan risiko kegagalan tayar yang boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan dan membahayakan diri mereka sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain,” kata Richard

.???????????????????????????????

“Michelin terus berpegang teguh pada komitmennya untuk menambah baik prestasi tayar
kami secara keseluruhan dan meningkatkan keupayaan kami untuk menangani pelbagai
cabaran pemanduan yang dihadapi oleh industri kenderaan berat setiap hari. Pertandingan
Pemandu Scania Asia Tenggara 2016-2017 sedia menjadi wadah untuk kami memperlihatkan
tayar kami yang membawakan teknologi terkini untuk memenuhi tuntutan bagi tayar yang
tahan lama dan berkeupayaan untuk mengendalikan tugas membawa muatan berat setiap
hari. Kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan Scania buat kali kelima sebagai
sebahagian daripada ikrar kami untuk menjamin kelestarian pergerakan dan menyediakan
persekitaran kerja yang lebih selamat untuk pemandu,” tambah Richard.

???????????????????????????????

Hadiah bernilai sehingga RM50,000, sijil pencapaian dan piala kejohanan akan disampaikan
kepada tiga pemenang yang terpilih dalam setiap satu daripada dua kategori: Trak dan Bas.
Syarikat yang diwakili oleh pemenang akan menerima baucar servis dan penyenggaraan
Scania sebagai hadiah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pemenang Lori
1) Sarveswaren Srues A/L Ram (Air Products Sdn Bhd) Malaysia
2) Wong Yih Chien (Transworld International Pte Ltd) Singapura
3) Kukuh Hendrawan (PT Semen Gresik) Indonesia

???????????????????????????????

Pemenang Bas
1) Law Cheok Gheen (Zulco Sdn Bhd) Malaysia
2) Soe Naing (Aung Kyaw Moe Express) Myanmar
3) Rahman Khan bin Abdul Karim (Singapore Ducktours) Singapura

Previous post

Siri Kedua Kempen Keselamatan Nissan 2017 Dimulakan

Next post

Mitsubishi Motors Malaysia Panggil Semula Pajero, Pajero Sport dan ASX

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>