Motosikal / Lain Lain Roda

Moto Guzzi Gasket Alley Kini Dibuka

Didi Resources bersama Piaggio Asia Pasifik secara rasmi membuka Pusat 3S dengan pelantikan Cycle Stronghold dan Goh Brothers Motorcycles untuk mengendalikan bilik pameran dan perkhidmatan selepas jualan.

Kesemua pihak telah dikenal pasti dari segi kekuatan masing-masing untuk menawarkan nilai terbaik sekali gus menawarkan pelanggan satu pengalaman unik di Gasket Alley.

Screen Shot 2017-08-16 at 6.46.46 PM

Keluasannya  30,000 kaki persegi dan ianya dikendalikan oleh Stronghold Cycles menawarkan gaya hidup seorang pemilik Guzzi di mana mereka boleh lepak di restoran mereka sehingga lewat, kedai custom dan pelbagai pusat membeli-belah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Turut hadir Simone Niccolai, Managing Director, Asia Pacific 2 Wheeler, Piaggio Asia Pacific dan Rewi Hamid Bugo, Chairman Didi Resources.

Screen Shot 2017-08-16 at 6.47.58 PM

Bilik pameran Moto Guzzi mempunyai suasana garaj yang membolehkan pelanggan berkreativ tentang bagaimana mereka inginkan Guzzi mereka istimewa dari pelbagai aksesori dan barangan yang ada. Untuk pusat selepas jualan, empat bay khas telah disediakan dengan alat-alat khusus, diagnostik berkomputer, bilik alat ganti dan juruteknik terlatih oleh Piaggio untuk mengendalikan setiap permintaan pelanggan. Pusat ini juga dapat melakukan perkhidmatan body dan cat.

Screen Shot 2017-08-16 at 6.47.42 PM

Bersempena dengan pembukaan, Didi Resources juga mengambil kesempatan ini untuk melancarkan moto edisi terhad sambutan ulang tahun  lima puluh tahun model pertama mereka dengan memperkenalkan V7 III Anniversario. Hanya 1,000 unit dbina worldwide. Generasi ketiga Moto Guzzi yang dikenali dan disayangi di seluruh dunia telah dirombak semula  sepenuhnya: setiap detail telah disempurnakan dengan baik, memaksimumkan kepuasan pemilik dan kesenangan menunggang, mengekalkan keaslian khas motosikal ikonik ini.

Screen Shot 2017-08-16 at 6.47.22 PM

 

 

Previous post

Isuzu Malaysia Serah 6 Unit Trak Isuzu Forward kepada YHL Trading

Next post

JEEP Akan Ke China Tidak Lama Lagi ...... Adakah Ini Bermakna Harganya Akan Turun?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *