Gaya Hidup

Rebut Tawaran dan Hadiah Menarik di Naza Merdeka Autofair 2017

Naza World akan membuka pintunya kepada orang ramai dari 10 hingga 13 Ogos ini bersempena dengan Naza Merdeka Autofair 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara tersebut akan mempamerkan lebih 2,000 unit kenderaan di bawah satu bumbung dengan harga dan kadar bunga terendah, di samping aktiviti-aktiviti menarik bagi menyambut hari kemerdekaan ke-60 serta memperingati ulangtahun ke-42 Kumpulan Syarikat Naza World.

Pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan semasa Autofair tersebut secara automatiknya akan layak menyertai pertandingan ‘Belanja dan Menang’ yang menawarkan sebuah Chevrolet Colorado sebagai hadiah utama.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk membawa balik hadiah-hadiah menarik dari pelbagai jenama menerusi cabutan bertuah. Aktiviti-aktiviti untuk seisi keluarga serta kempen derma darah anjuran Subang Jaya Medical Centre (SJMC) turut menanti pengunjung.

 

Previous post

PICKnGO Kini di Malaysia Secara Rasmi

Next post

Honda Malaysia: 70% Inflator Beg Udara Takata Telah Digantikan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *