Berita Auto

Sisma Auto Kini Pengedar Sah Volvo

Sisma Auto, yang dikenali dengan dengan dua jenama mewah dari Britain iaitu Jaguar dan Land Rover, kini menambah jenama ikonik yang ketiga dalam portfolionya, iaitu ikon dari Sweden, Volvo.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Syarikat tersebut telah mengumumkan bahawa ia telah dilantik sebagai pengedar sah Volvo oleh Volvo Car Malaysia Sdn Bhd.

“Sisma Auto mempunyai rekod yang cemerlang dalam menguruskan jenama mewah dan dengan penyertaan mereka dalam keluarga Volvo Cars, kami akan dapat memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap jenama kami,” kata Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

Baru-baru ini, Volvo Car Malaysia telah menyaksikan peningkatan yang pesat dalam jaringan pengedarnya di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia dalam usaha mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan pilihan yang lebih banyak kepada pelanggan mereka.

Selaras dengan perkembangan ini, Sisma Auto akan mengubah bilik pamerannya di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang, menjadi bilik pameran Volvo.

Dijadualkan dibuka pada Oktober tahun ini, bilik pameran ini akan membantu untuk meningkatkan keterlihatan dan kesedaran terhadap rangkaian produk terkini Volvo yang terkemuka di tengah-tengah kawasan kediaman dan komersial utama di Kuala Lumpur.

Pemilik kereta yang menetap atau bekerja di kawasan sekitarnya akan dapat menikmati pengalaman pemilikan premium kerana bilik pameran Volvo yang baru ini akan menawarkan Perkhidmatan Concierge Sisma Auto, yang menawarkan pengambilan dan penghantaran kenderaan secara eksklusif dari rumah atau pejabat.

Pusat servis Volvo di luar tapak Sisma Auto juga akan menawarkan rangkaian perkhidmatan selepas jualan yang lengkap.

Sempena pembukaan bilik pameran yang baru tersebut, pelanggan yang membeli kereta Volvo baru daripada Sisma Auto berpeluang memenangi lawatan ke Sweden dengan semua perbelanjaan ditanggung.

Pengarah Urusan Sisma Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata syarikat tersebut amat teruja untuk mengalu-alukan satu lagi jenama kereta Continental premium.

“Kami berharap untuk bekerjasama dengan Volvo, yang mempunyai rangkaian model baru yang mengujakan dengan harga yang begitu kompetitif untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia,” katanya.

Syed Khalil menyatakan bahawa syarikat tersebut masih begitu komited untuk membangunkan jenama Jaguar Land Rover di Malaysia dalam jangka masa panjang. SISMA Auto akan terus menjalankan operasi cawangan Jaguar Land Rover syarikat itu di Glenmarie dan Pulau Pinang untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan setianya.

Previous post

Mohd Apis Juarai Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy Asia Tenggara 2017 di Malaysia

Next post

Subaru BRZ 2017 Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *