Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Tayar Michelin Pilot Sport 4S Baharu Dilancar Di Litar Antarabangsa Sentul Bogor Indonesia

Michelin, pengeluar tayar inovatif yang terkemuka, telah melancarkan MICHELIN Pilot Sport 4 S bagi menyokong perjalanan yang lebih baik dan selamat. Produk terbaharu ini ialah tayar prestasi sangat tinggi yang direka khas untuk memberikan nikmat pemanduan maksimum bagi pemandu kereta lumba dan sedan mewah, yang mengutamakan prestasi dan keselamatan. MICHELIN Pilot Sport 4 S direka bentuk dengan teknologi yang meningkatkan prestasi dan keupayaan pengendalian unggul, jarak brek lebih singkat di atas jalan basah dan juga jalan kering dan daya tahan optimum untuk penggunaan lebih lama.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis pelancaran “MICHELIN Passion Days” diadakan pada 28 Julai 2017 di litar Sentul
di Bogor, Indonesia, yang bertujuan untuk memberi peluang kepada tetamu dari Malaysia,
Singapura, Indonesia dan Brunei menguji kelebihan MICHELIN Pilot Sport 4 S di atas litar
dan melihat prestasinya sendiri. Tayar ini dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia
hari ini untuk menggantikan MICHELIN Pilot Super Sport, yang diiktiraf secara meluas
sebagai tayar pendahulu industri dengan prestasi sangat tinggi bagi tayar asal dan
gantian.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Direka khas untuk kereta lumba dan sedan premium, MICHELIN Pilot Sport 4 S
menawarkan nikmat memandu yang tiada tandingan, kerana kejituan pemanduan dan
kestabilan hala tuju. Tayar ini memberikan prestasi dan keselamatan maksimum di atas
semua permukaan kerana jejak bunga optimum yang mencengkam jalan raya dalam
semua keadaan, walaupun dalam keadaan paling lampau.

Michelin PS4S On-Car
Pascal Nouvellon, Pengarah Serantau Michelin bagi Indonesia, Malaysia, Singapura dan
Brunei menyatakan bahawa berbanding dengan MICHELIN Pilot Super Sport,
MICHELIN Pilot Sport 4 S baharu mempunyai masa pusingan cengkaman kering dan pengendalian yang lebih pantas, jarak brek lebih singkat di atas jalan kering dan basah, dan kekal lebih lama bagi penggunaan jalan raya.

“MICHELIN Pilot Sport 4 S dihasilkan berasaskan ilmu pengetahuan unik yang dibangunkan oleh jurutera yang bersungguh-sungguh melakukan kerja masing-masing yang mentakrifkan semula piawaian dalam kategori ini. Disesuaikan untuk pemanduan pada peringkat tertinggi di jalan raya dan di litar, tayar ini sudah diyakini sebagai yang terbaik dalam kelasnya,” jelas Pascal.

Michelin PS4S

“Michelin terlibat dalam beberapa acara lumba kereta di seluruh dunia, dan
menggunakan persekitaran persaingan ini sebagai makmal bagi membangunkan
teknologi tayar masa depan, yang kemudiannya digunakan dalam pembangunan tayar
pengeluarannya. Data ujian sulit yang dikumpulkan semasa perlumbaan mengenai
teknologi tayar dan formula sebatian getah yang baharu membolehkan jurutera Michelin
untuk terus menambah baik prestasi tayar.”

MICHELIN_PS4S_FICHE_PRODUIT_2017_US_v12.indd

MICHELIN Pilot Sport 4 S yang baharu dicipta menerusi proses kejituan tinggi, ilmu
pengetahuan yang unik dan usaha gigih pakar-pakar Michelin. Beberapa kriteria
dibangunkan secara serentak pada tayar yang sama:

PS4S Launch Ceremony

1.Tahap Kereaktifan
Tinggi dengan reka bentuk corak bunga ultra-reaktif yang disesuaikan secara
berterusan dengan cengkaman optimum.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

2. Kawalan Stereng Cemerlang dengan
teknologi ‘Tindak Balas Dinamik’ yang memastikan pemindahan optimum arahan
stereng ke jalan raya menerusi tali hibrid yang diperbuat daripada aramid dan nilon.

???????????????????????????????

3. Cengkaman Kering Luar Biasa dan Pembrekan Basah Ditambah Baik dengan
teknologi dwisebatian menggunakan elastomer hibrid baharu pada bahagian luar untuk
cengkaman kering, dan campuran sebatian baharu dengan ‘elastomer fungsian’ khusus
dan silika pada bahagian dalam untuk memberikan cengkaman dan pembrekan
cemerlang; 4. Kemasan Sentuhan Mewah dengan kesan baldu yang mencipta
pelbagai kontras hitam pada dinding sisi luar; memberikan penampilan visual serba
mewah; dan 5. Pelindung Rim Dalam untuk melindungi segala jenis roda.

???????????????????????????????

MICHELIN Pilot Sport 4 S dengan prestasi sangat tinggi kini boleh didapati di
Malaysia untuk roda 19 inci dan ke atas, pada harga bermula daripada RM1,100
dan diedarkan di kedai TYREPLUS dan MICHELIN di seluruh negara.

Previous post

Cabaran Yamaha NVX Kategori Baharu Cub Prix

Next post

Bagaimana Lencana 911 Turbo S Exclusive Series Dibuat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *