Gaya Hidup

UMW Toyota Tanam 100 Pokok di Bandar Kinrara, Puchong

UMW Toyota Motor hari ini menanam hampir 100 pokok berlainan spesies di Bandar Kinrara, Puchong sebagai sebahagian daripada Projek Green Wave yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis tersebut dihadiri oleh ahli parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk 9/5 Bandar Kinrara, Tuan Haji Amin Mohamed, Pengarah UMW Toyota, Mohd Shamsor Mohd Zain, serta kakitangan UMW Toyota dan penduduk BK9/5.

Selain daripada menghijaukan kejiranan, program tersebut bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pelanggan Toyota, kakitangan dan komuniti untuk menjaga alam sekitar. Antara spesies yang ditanam di Kebun Komuniti dan taman permainan kawasan BK9/5 Bandar Kinrara adalah pokok Trumpetbush (Tecoma), pelbagai pokok buahan serta herba.

Toyota BK9 04

Syarikat itu telah menjalankan beberapa program penanaman pokok yang melibatkan kakitangannya sebelum ini seperti pemulihan hutan paya bakau di Sungai Pelek, Banting, di mana 1,000 pokok ditanam pada tahun 2013. Projek yang sama juga dijalankan di Setiu, Terengganu pada 2011.

Selain itu, UMW Toyota juga bekerjasama dengan komuniti dan majlis tempatan untuk menanam lebih 1,300 pokok di sekitar Kota Kemuning, Cameron Highlands dan FRIM, Kepong. Tahun lalu, lebih 1,000 pokok ditanam di kawasan kilang pemasangannya iaitu Assembly Services Sdn Bhd.

 

Previous post

Kempen Keselamatan Nissan 2017 Masuk Pusingan Kedua

Next post

Subaru XV Dengan Keupayaan Off-Road Sepenuhnya Sekarang RM109,968

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *