Cerita Auto

Volvo S60 dan V60 Polestar Kini Dengan Kit Badan Gentian Karbon

Polestar, syarikat talaan yang sinonim dengan Volvo, telah mengumumkan penambahbaikan untuk model S60 dan V60 bagi tahun 2018. Setelah diberikan enjin baharu pada tahun lalu, kedua-dua model ini kini didatangkan dengan pakej aerodinamik gentian karbon yang dikatakan dapat meningkatkan downforce sebanyak 30%.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Polestar, pakej tersebut dibangunkan dengan kerjasama Cyan Racing yang mempunyai pengalaman luas bertanding dalam kejohanan World Touring Car Championship (WTCC). Ia merangkumi splitter hadapan, skirt sisi serta spoiler belakang, dan kesemua komponen ini membantu untuk mendapatkan cengkaman serta kestabilan pada kelajuan tinggi yang lebih baik.

2018-volvo-s60-v60-polestar-13

Selain itu, kedua-dua model tersebut juga dilengkapi dengan rim baharu, cermin sisi gentian karbon dan pilihan warna Bursting Blue Metallic. Di dalam kabin pula terdapat upholsteri kulit Nubuck dengan jahitan biru serta sulaman logo Polestar. Pengeluaran bagi kedua-dua model ini dihadkan kepada 1,500 unit sahaja dan setiap unit akan mendapat nombor siri unik.

pe-e18-location-v60-bursting-blue-019-1

Bagi aspek teknikal, S60 dan V60 Polestar menggunakan khidmat enjin twincharge 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 362 hp dan 470 Nm tork. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan, S60 mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam 4.7 saat manakala V60 melakukannya dalam 4.8 saat.

2018-volvo-s60-v60-polestar-9

Kedua-dua model turut didatangkan standard dengan penyerap hentak Ohlins serta sistem brek enam omboh keluaran Brembo.

2018-volvo-s60-v60-polestar-11

Previous post

Mercedes-Benz GLC 200 Ini Mesra Executive Muda

Next post

Barisan Triumph Street Triple 2018 Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>