Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha 135LC dengan pilihan warna baharu bagi 2017

Salah satu kapcai Yamaha paling laris, 135LC, telah dikemaskini bagi tahun 2017 dengan warna dan grafik baharu iaitu biru, hitam, merah dan perak.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Motosikal itu boleh didapati di semua pengedar sah Hong Leong Yamaha Motor mulai hari ini dengan harga RM7,167.72 termasuk GST (tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans).

LC_0020

135LC dikuasakan oleh enjin sejukan cecair berkapasiti 134 cc yang menghasilkan 11.98 hp pada 8,500 rpm dan 11.79 Nm tork pada 5,500 rpm. Transmisi empat kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.

LC_0013

Berbanding model Y15ZR yang dilengkapi dengan dua brek cakera, 135LC menggunakan cakera tunggal di bahagian hadapan dan brek dram di belakang. Ia memakai tayar bersaiz 70/90-17 di hadapan dan 80/90-17 di belakang.

LC_0002

 

Previous post

Honda RS150R 2017 tampil dengan warna dan grafik segar

Next post

Amerika Masih Menyayangi Subaru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *