Cerita Auto

Brabus Rocket 900 – Convertible Terpantas Dunia?

Sebut sahaja nama Brabus, anda pasti terbayang kenderaan Mercedes-Benz yang yang telah dipertingkatkan dari aspek kuasa dan prestasi. Rocket 900 yang berasaskan Mercedes-AMG S65 Cabriolet ini merupakan hasil tangan terbaru syarikat talaan dari Jerman itu dan ia dikatakan antara kereta convertible empat tempat duduk paling laju di dunia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bakal dipamerkan di Frankfurt Motor Show, Rocket 900 menggunakan enjin asal S65 iaitu 6.0-liter dwi-turbo V12, namun unit itu telah dibesarkan menjadi 6.3 liter untuk menghasilkan 900 hp dan 1,500 Nm. Hasilnya, kereta ini mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam 3.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum melebihi 350 km/j.

2017-brabus-rocket-900-cabrio-11

Ini menjadikannya lebih pantas berbanding Brabus 850 6.0 Biturbo Cabrio yang pada asasnya merupakan Mercedes S63 4Matic.

2017-brabus-rocket-900-cabrio-13

Selain daripada prestasi ekstrem, Rocket 900 juga tampil dengan imej sporty-elegan dengan komponen aerodinamik yang diperbuat daripada gentian karbon, rim 21 inci serta bahagian dalaman dengan kemasan kulit mewah.

2017-brabus-rocket-900-cabrio-5

Previous post

Toyota C-HR Akan Terus Dipamerkan Sepanjang Bulan September

Next post

Mercedes-Benz Vans Melabur USD50 Juta Dalam Usaha Sama Baru Dengan Via

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>