Cerita Auto

Evora GT430 Sport Kereta Lotus Paling Laju

Berikutan pelancaran model ekstrem Evora GT430, Lotus terus memperkembangkan barisan produknya dengan model terbaru yang dikenali sebagai Evora GT430 Sport.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sama seperti Evora GT430, varian Sport ini turut dikuasakan oleh enjin supercaj 3.5-liter V6 yang menghasilkan 430 hp dan 440 Nm (450 Nm bagi versi automatik). Kedua-duanya mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.8 saat bagi versi automatik.

Lotus Evora GT430 [Blue] (2)

Apa yang membezakan antara kedua-dua model ini ialah Evora GT430 Sport tidak mempunyai elemen aerodinamik seperti spoiler belakang dan sebagainya, menjadikannya 10 kg lebih ringan dengan berat keseluruhan 1,248 kg.

Lotus Evora GT430 (13)

Ini memberikan kelebihan dari segi kelajuan maksimum, di mana varian Sport tersebut mampu mencapai kelajuan 315 km/j sekaligus meletakkannya sebagai kereta siri produksi paling laju pernah dihasilkan Lotus. Dengan berat kira-kira 1,258 kg, Evora GT430 hanya mampu memecut sehingga 305 km/j.

Lotus Evora GT430 (9)

Selain itu, kedua-dua model dilengkapi dengan penyerap hentak Ohlins TTX, angkup brek AP Racing pada keempat-empat roda, limited-slip differential jenis Torsen serta kawalan cengkaman boleh laras.

Lotus Evora GT430 [Blue] (3)

 

Previous post

Rolls-Royce Merayakan Goodwood Revival 2017

Next post

Porsche 911 GT3 Dengan Touring Package Khas Untuk Peminat Manual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>