Cerita Auto

Ferrari Sambut Ulangtahun Ke-70 Dengan Sambutan Hujung Minggu Di Maranello

Ini adalah salah satu perkara dalam senarai mesti lakukan saya. Salah satu impian saya. Melawat, melihat dan mengalami sendiri perayaan ulang tahun Ferrari di Maranello.

Hari ini mereka meyambut ulangtahun yang ke 70 mereka dan ianya telah menarik ribuan pelanggan dari seluruh dunia untuk meraikan hubungan mereka dengan Prancing Horse ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebagai sebahagian daripada hujung minggu istimewa ini yang ditujukan kepada para peminat Ferrari, perhimpunan antarabangsa telah pun bermula di beberapa bandar raya Eropah (Frankfurt, Geneva, London, Monte Carlo, Prague, Reims, Salzburg dan Rom). Kemudian pagi ini satu perarakan besar 500 Ferrari akan memandu ke litar Fiorano, tempat utama perayaan ini.

Koleksi Ferrari yang jarang akan dipamerkan pada hari ini di Modena, di mana mereka akan memberi penghormatan kepada tempat kelahiran Enzo Ferrari dengan memandu ke MEF (Enzo Ferrari Museum), sebelum berhenti pada jam 11.30 pagi di hadapan Palazzo Ducale, tapak Akademi Tentera.

Sabtu dari pukul 4 ptg RM – Sotheby akan mengadakan lelongan yang menjanjikan menjadi yang paling penting bagi pembuat kenderaan kereta tunggal ini.

Pada waktu petang, para tetamu akan dapat menghadiri pameran “Ferrari Settanta”, yang menceritakan masa lalu dan semasa syarikat, sambil turut mengintip ke masa depan.

Pada hari Ahad pula, Concours d’Elegance akan menyimpulkan perayaan dengan gaya terbaik. Para juri pakar antarabangsa akan mempunyai tugas sukar memilih dua “Best of Show” kereta dalam kategori GT dan Sportscar dari 120 Ferrari vintage yang berharga.

Satu hari nanti. Impian saya akan tercapai. Insyallah.

Screen Shot 2017-09-09 at 10.40.51 AM

 

 

 

Previous post

BMW Motorrad Akan Perkenal 4 Model Baharu di Pulau Pinang Hujung Minggu Ini

Next post

Adakah Geely Akan 'Bersarakan' Proton atau TIDAK?

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>