Cerita Auto

Haval H2 CKD – Dari RM98,950

Go Auto telah melancarkan model Haval H2 versi pemasangan tempatan (CKD) yang didatangkan dengan beberapa pembaharuan dari segi penampilan. Harga (termasuk insurans dan cukai jalan) bermula dari RM98,950 untuk Comfort Auto dan RM101,950 Premium Auto.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

H2 CKD menampilkan rekaan rim dan tambahan warna baharu Haval Blue yang akan ditawarkan bersama pilihan warna sedia ada, Haval Red. Ia juga menampilkan lampu halogen dengan lampu nyalaan siang LED dan gril dengan kemasan krom.

Haval H2 CKD (4)

Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamil berkata pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak 2,100 unit sehingga 2018. “Haval H2 CKD sudah sedia ada di 14 bilik pameran pengedar Haval seluruh negara,” katanya.

Haval H2 juga berada dalam senarai model-model Haval yang akan dieksport ke Batam, Indonesia dan Cambodia. SUV tersebut masih mengekalkan spesifikasi sama, iaitu enjin turbo petrol 1.5L VVT yang menghasilkan 147 hp pada 5,600 rpm dan 210 Nm dari 2,200 hingga 4,500 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan.

Haval H2 CKD (2)

Selain itu, semua ciri lain Haval H2 CKD adalah sama dengan versi CBU seperti butang tekan-mula, keyless entry, panel meter multi fungsi dan punat kawal roda stereng. Ini termasuk penyaman udara dwi zon automatik, sistem hiburan audio dan video, kerusi pemandu elektrik 5-tetapan, dan bumbung suria boleh laras.

Ciri keselamatan pula merangkumi enam beg udara, sensor dan kamera undur, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan penyandar kepala aktif untuk meminimumkan kecederaan tulang belakang.

Haval H2 CKD (1)

Haval H2 CKD turut mendapat penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran dilakukan badan keselamatan China, C-NCAP.

Previous post

Isuzu Malaysia Serah 12 Trak Tugas Ringan Kepada TNB

Next post

Volkswagen Jetta Comfortline Kini Dengan Kadar Faedah Serendah 0.88% Setahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>