Berita Auto

Isuzu Malaysia Serah 12 Trak Tugas Ringan Kepada TNB

Lanjutan daripada persetujuan flit yang termeterai pada tahun 2015, Isuzu Malaysia baru-baru ini telah menyerahkan 12 unit trak tugas ringan Isuzu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis penyerahan diadakan di Pekan, Pahang, dan ia merupakan fasa terkini dalam persetujuan bernilai RM31 juta melibatkan 200 unit trak. Baki unit dijangka akan diserahkan kepada syarikat itu menjelang akhir 2017.

Persetujuan selama dua tahun itu melibatkan model ELF NPR 6-Wheeler Crew Cab yang telah disesuaikan mengikut keperluan TNB. Trak-trak tugas ringan ini akan beroperasi di bawah Bahagian Pengagihan TNB dan digunakan untuk kerja-kerja sokongan bagi kawasan bandar dan luar bandar.

TNB 3

Selain daripada menggantikan flit trak bantuan yang lama, trak-trak baharu ini bakal memastikan pelaksanaan perkhidmatan pelanggan yang menepati masa, di samping menawarkan penjimatan bahan api dan kebolehpercayaan dalam menjalankan operasi.

Majlis penyerah itu juga menyaksikan ‘flag-off’ trak tugas ringan Isuzu oleh Mohammad Anas Ibrahim, Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Flit TNB. disertai oleh Othman Alias (Presiden) dan Noh Jaafar (Naib Presiden) daripada Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB, bagi merasmikan pengagihan trak-trak tersebut ke pusat-pusat pengagihan TNB di seluruh negara.

TNB 2

Previous post

Lamborghini Super Trofeo Eropah Pusingan Ke-5 Janji Aksi Menarik

Next post

Haval H2 CKD - Dari RM98,950

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *