Sukan

Lamborghini Super Trofeo Eropah Pusingan Ke-5 Janji Aksi Menarik

Selepas cuti musim panas, kejohanan Lamborghini Super Trofeo Eropah kembali dengan pusingan kelima daripada enam pada hujung minggu ini (16 – 17 September) di litar lumba Nurburgring. Kejohanan itu kemudiannya akan berakhir di acara World Final yang akan diadakan di Imola, Itali.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kategori PRO masih didahului oleh Jonathan Cecotto dan Vito Postiglione dari Imperiale Racing, diikuti oleh Rik Breukers dan Axcil Jefferies dari GDL Racing dengan perbezaan dua mata. Walaupun mencatat tiga kemenangan, Mikaël Grenier dan Loris Spinelli yang meawakili Antonelli Motorsport ketinggalan sebanyak 10 mata di belakang pendahulu.

Dalam kategori PRO-AM, Liang Jiatong dan Christopher Dreyspring dari VS Racing menduduki tangga pertama dengan 86 mata, tiga mata lebih banyak berbanding pesaing terdekat mereka iaitu pasukan Artline Team Georgia yang diwakili oleh Shota Abkhazava dan Kelvin Snoeks. Berada di tempat ketiga dengan 79 mata, Kikko Galbiati dan Davide Roda dari Antonelli Motorsport akan cuba menebus kekecewaan mereka di Spa.

Keadaan berbezaa dalam kategori AM, di mana kejuaraan sudah sah menjadi milik pasukan VS Racing yang menghantar Andrej Lewandowski dan Teodor Myszkowski. Pasukan tersebut menggondol lima kemenangan dan meninggalkan pesaing terdekat mereka Automobile Tricolore dengan perbezaan 50 mata. Kategori ini juga akan menyaksikan kemunculan pertama pasukan Getspeed Performance dan satu-satunya pemandu wanita iaitu Carrie Schreiner yang berlumba bagi pasukan Konrad Motorsport.

Piala Lamborghini pula menyaksikan dominasi pelumba Colombia iaitu Juan Perez yang telah memenangi tiga perlumbaan setakat ini. Bagaimana pun, tempat teratas masih diduduki oleh Gerard Van der Horst (Van der Horst Motorsport) yang mempunyai kelebihan 16 mata di atas rakan sepasukannya, William Van Deyzen.

Previous post

Mitsubishi Outlander CKD Dilancarkan

Next post

Isuzu Malaysia Serah 12 Trak Tugas Ringan Kepada TNB

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *