Gaya Hidup

Land Rover Lancar Pertandingan Serantau Untuk Pengembaraan Enam Hari Peru

Land Rover telah mengumumkan pertandingan serantau yang menawarkan peluang para peserta untuk memenangi Pengalaman Jelajah Land Rover ke Amerika Selatan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Peserta bertuah akan memacu Discovery baharu di ekspedisi off road extreme selama enam hari mengharungi pergunungan, hutan dan padang pasir Peru. Acara kelayakan di seluruh rantau Asia Pasifik akan diadakan dan peserta yang berjaya dari setiap negara akan memenangi tempat di peringkat akhir nanti.

Acara kelayakan tempatan telah berlaku pada hujung minggu terpilih yang bermula dari Julai dan akan berakhir pada bulan September. Pertandingan ini adalah percuma dan tiada pengalaman memandu terdahulu diperlukan.

Sesiapa yang ingin menyertai hendaklah memasuki pertandingan dengan melawat laman web Land Rover atau dengan menghubungi wakil Land Rover tempatan mereka untuk jadual acara yang akan datang.

Pertandingan peringkat serantau akan diadakan selama dua pusingan di Laos pada akhir bulan September. Bersaing dalam dua pasukan, para finalis akan memulakan pengembaraan memandu tiga hari yang membawa mereka melintasi pelbagai landskap dan medan.

 

Previous post

Auto Commerz Rakan Kongsi Niaga Terbaru Mercedes-Benz Malaysia

Next post

Shell Malaysia Berkongsi Teknologi Pengetahuan & Penyelesaian Penjimatan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *