Berita Auto

Mercedes-Benz Autohaus pertama di Johor dibuka

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar Hap Seng Star (HSS) terus memperkukuhkan kedudukan mereka di Johor dengan pelancaran Mercedes-Benz Hap Seng Star Iskandar Autohaus (HSS Iskandar) baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Fasiliti itu merupakan pusat 3S terbaru Mercedes-Benz yang dibangunkan dengan pelaburan bernilai RM5 juta. Ia mempunyai keluasan untuk mempamerkan tujuh kenderaan pada satu satu masa dan diuruskan oleh 18 orang kakitangan yang terlatih dalam bidang jualan dan pasca jualan. Pusat ini dilengkapi lapan ruang servis dengan kapasiti untuk menyelenggara sehingga 528 buah kenderaan setiap bulan.

HSS Iskandar juga menawarkan Service Differentiation, iaitu menu peribadi khusus yang disesuaikan dengan keperluan individu pelanggan bagi servis pasca jualan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Door-to-Door di mana kereta pelanggan di ambil di lokasi pilihan pelanggan serta Drop & Go yang membolehkan pelanggan menghantar kenderaan mereka pada luar waktu urusniaga.

IMG_5346a FA

Selain itu, HSS Iskandar menampilkan Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) yang menepati standard global jenama itu. Pelanggan yang datang boleh menikmati kemudahan-kemudahan seperti ruang rehat, cafe serta butik dan ruang aksesori. Perkhidmatan kewangan turut disediakan.

Sehingga kini, Hap Seng Star telah melaburkan sebanyak RM248 juta di sembilan lokasi di seluruh negara iaitu Jalan Sultan Ismail, Kinrara (Puchong), Jalan Ipoh, Balakong, Bukit Tinggi, Kuching, Miri, Kota Kinabalu dan terbaru Iskandar Johor.

IMG_6332a FA

HSS Iskandar terletak di No. 1, Ground Floor, Jalan Bestari 8/2, Taman Nusa Bestari manakala pusat servisnya berada di No 7, Jalan SILC 1/4, Taman Perindustrian SILC.

 

Previous post

Ford Gunakan Augmented Reality Dari Microsoft

Next post

Mitsubishi Masih Kekal Menjual Outlander Varian 2.4L 4WD Yang Diimport Sepenuhnya Dari Jepun.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *