Berita Auto

Mercedes-Benz E-Class paling berkuasa kini di Malaysia

Varian E-Class paling berkuasa iaitu Mercedes-AMG E 63 S 4MATIC+ telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia. Ia boleh dimiliki pada harga RM998,888 manakala varian Edition 1 yang didatangkan dengan ciri-ciri tambahan dijual pada harga RM1,088,888.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti model-model AMG yang lain, E 63 S menerima kit badan agresif yang merangkumi bampar hadapan, jeriji dengan lencana AMG, serta spoiler dan diffuser di bahagian belakang. Gerbang roda adalah 27 mm lebih luas berbanding E-Class biasa dan ia dimuatkan dengan rim 20 inci yang dibalut tayar bersaiz 265/35 ZR 20 di depan dan 295/30 ZR 20 di belakang.

Mercedes-AMG-E-63-s-4MATIC-5

Tema agresif diteruskan di dalam kabin, di mana sedan berprestasi tinggi itu menerima tempat duduk dan stereng AMG, upholsteri kulit Nappa serta kemasan gentian karbon di seluruh papan pemuka. Sebagai tambahan, versi Edition 1 didatangkan dengan jahitan berwarna kuning, karpet AMG, dan tulisan ‘Edition 1’ pada roda stereng.

Mercedes-AMG-E-63-s-4MATIC-41

Terletak di bawah bonet E 63 S adalah enjin dwi-turbo 4.0-liter V8 yang dipadankan dengan kotak gear AMG Speedshift MCT sembilan kelajuan. Gabungan ini menghasilkan 612 hp dan 850 Nm, sekaligus membolehkan sedan itu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.4 saat dan mencapai kelajuan maksimum 300 km/j (dengan pakej AMG Driver).

Mercedes-AMG-E-63-s-4MATIC-18

Kuasa yang terhasil disalurkan ke keempat-empat roda menerusi sistem pacuan semua roda (AWD) 4MATIC+, namun ia juga boleh bertukar menjadi pacuan roda belakang (RWD) bergantung kepada mod pemanduan. Model ini juga mempunyai rear differential lock elektronik yang berfungsi mengurangkan gelincir pada roda belakang semasa mengambil selekoh.

Mercedes-AMG-E-63-s-4MATIC-29

Karakter E 63 S 4MATIC+ boleh diubah suai menerusi program pemanduan AMG Dynamic Select yang menawarkan empat mod iaitu Comfort, Sport, Sport Plus dan Individual. Setiap mod mempunyai respon enjin, transmisi, suspensi, stereng, ESP dan pacuan semua roda yang tersendiri.

Mercedes-AMG-E-63-s-4MATIC-45

Selain itu, pemandu juga boleh memilih mod Race yang diprogramkan khas untuk beraksi di litar lumba tertutup. Di sini, semua paramater ditetapkan untuk prestasi maksimum. Fungsi Racestart yang boleh digunakan dalam mod Sport, Sport Plus dan Race, turut dipermudahkan bagi model ini.

Mercedes-AMG-E-63-s-4MATIC-7

Bagi aspek pengendalian, E 63 S menampilkan sistem suspensi udara Air Body Control dengan tiga tetapan redaman adaptif iaitu Comfort, Sport dan Sport Plus. Sistem ini digabungkan dengan stereng sensitif-kelajuan elektromekanikal yang mempunyai nisbah berubah-ubah. Sistem brek pula terdiri daripada cakera karbon seramik AMG.

Previous post

Kia Motors Sentiasa Tingkatkan Nilai Jenama Globalnya

Next post

GT2 RS Adalah Porsche 911 Terpantas Dengan 6 Minit 47.3 Saat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *