Cerita Auto

Mitsubishi Perkenal Triton VGT AT GL di Malaysia

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memperkenalkan Triton VGT AT GL, tawaran terbaru yang berasaskan varian Triton VGT AT. Ia dibangunkan khas untuk mereka yang ingikan trak pikap mampu milik untuk kegunaan seharian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari segi luaran, varian terbaru itu menampilkan gril dalam kemasan krom gelap, side-step serta rim aloi bersaiz 16 inci. Di dalam kabin pula terdapat sistem audio 2-DIN, pemilih 4WD dan pendingin hawa automatik.

Versi ini dikusakan oleh enjin MIVEC turbodiesel bersesaran 2.4-liter dengan teknologi Variable Valve Timing. Dilengkapi dengan Variable Geometry Turbo (VGT), unit tersebut menghasilkan 181 PS dan 430 Nm.

Triton VGT AT GL

Ciri-ciri keselamatan pula terdiri daripada sistem Active Stability & Traction Control (ASTC), Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Active Stability Control, Traction Control, Hill-Start Assist (HSA) dan Trailer Stability Assists (TSA).

Diimport sebagai unit CBU dari Thailand, Triton VGT AT GL dijual pada harga bermula dari RM103,800. Ia didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 200,000 km.

 

Previous post

Generasi Kedua Nissan LEAF Dilancarkan Dan Akan Ke Malaysia 2018

Next post

Auto Commerz Rakan Kongsi Niaga Terbaru Mercedes-Benz Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>