Berita Auto

Pelan Perniagaan Baharu Proton Hampir Siap

Berikutan tamatnya pencarian rakan strategik asing untuk Proton Holdings Berhad, DRB-Hicom dan Geely Holding sedang memuktamadkan transaksi ini, dan ia dijangka selesai dalam masa terdekat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ketika ini, DRB-Hicom dan Geely Holding sedang meningkatkan usaha memperincikan pelan perniagaan baharu bagi Kumpulan Proton. Pelan perniagaan terperinci ini penting bagi menghasilkan “peta hala tuju” yang kukuh bagi Kumpulan Proton untuk tahun-tahun akan datang, dan antara perkara utama yang perlu dimuktamadkan dalam proses ini. Pelan tersebut juga meliputi strategi bagi kedua-dua syarikat bekerjasama bagi membangunkan kenderaan baharu untuk pasaran global.

Syarikat Utama dan Lembaga Pengarah

DRB-Hicom dan Geely Holding masing-masing memegang 50.1% dan 49.9% kepentingan dalam Kumpulan Proton, yang dibahagikan kepada tiga entiti utama iaitu; Proton Holdings Berhad (PHB), yang merupakan syarikat induk; Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), 100% anak syarikat PHB yang berfungsi sebagai syarikat pengeluar, operasi, pembuatan dan pemasaran yang utama; serta Proton Edar Sdn Bhd, 100% anak syarikat PHB, sebagai pengedar utama Proton. Bagi ketiga-tiga syarikat tersebut, DRB-Hicom mempunyai satu
kerusi tambahan di peringkat Lembaga Pengarah, menyamai pegangan 50.1% yang dimiliki DRB-Hicom.

Apabila transaksi dimuktamadkan kelak, satu pengumuman akan dibuat berkaitan komposisi lembaga pengarah syarikat-syarikat tersebut. Ketiga-tiga syarikat ini akan mempunyai wakil daripada DRB-Hicom dan Geely Holding.

Selain penamaan lembaga pengarah di masa terdekat ini, pentadbiran hal ehwal Proton adalah seperti berikut:

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Dato’ Sri Syed Faisal Albar akan meneruskan peranan utamanya sebagai Pengerusi keseluruhan PHB. Antara lain, Syed Faisal berperanan untuk memastikan kerjasama ini dapat mencapai matlamatnya dan akhirnya, memberikan pulangan pelaburan kepada pemegang-pemegang saham, iaitu DRB-Hicom dan Geely Holding.

Speech by YBhg Dato' Ahmad Fuaad Kenali

Pada masa yang sama, DRB-Hicom mengumumkan bahawa Dato’ Ahmad Fuaad Kenali akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PHB berkuatkuasa 30 September 2017. Syed Faisal memuji sumbangan Fuaad sepanjang bersama pembuat kereta itu.

“Beliau telah menjalankan tugasnya dengan sempurna dalam tempoh yang singkat di PHB. Sepanjang kepimpinannya, Proton telah melancarkan empat model baharu dalam tempoh hanya lapan bulan. Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam pencarian rakan strategik yang sesuai untuk Proton. Salah satu keutamaan DRB-Hicom setelah mengambil alih PHB pada tahun 2012 adalah untuk mendapatkan rakan strategik asing untuk Proton”, tegas Syed Faisal.

Fuaad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PHB pada 1 April 2016, selepas mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Operasi / Pengarah Kanan Kumpulan DRB-Hicom pada tahun 2013.

Antara intipati Perjanjian Muktamad yang ditandatangani DRB-Hicom dan Geely Holding ialah untuk syarikat China tersebut bukan sahaja melabur didalam Kumpulan Proton, tetapi juga berkongsi kepakaran mereka dalam pengeluaran, operasi, pembuatan dan pemasaran, terutamanya di PONSB. Sejajar itu, apabila transaksi ini selesai, Geely Holding akan menamakan seorang calon yang sesuai sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) di PONSB.

Bagi memastikan proses integrasi yang lancar, DRB-Hicom juga mengumumkan bahawa Dato’ Mohd Radzaif Mohamed akan kekal sebagai salah seorang pegawai utama di Kumpulan Proton; beliau akan meneruskan peranannya sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di PONSB. Sementara itu, Abdul Rashid Musa, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd pada Februari 2017, juga akan meneruskan peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di pusat pengedaran syarikat.

Geely Boyue Preview 11

“Mengekalkan Radzaif dan Rashid di jawatan masing-masing akan memastikan kesinambungan didalam Kumpulan Proton. Ia juga akan membantu kemasukkan CEO baru untuk PONSB dan ini akan memanfaatkan usahasama ini,” tambah Syed Faisal.

DRB-Hicom dan Geely Holding menandatangani Perjanjian Dasar pada 24 Mei 2017 untuk membolehkan pembuat kereta China itu menjadi rakan strategik asing Proton. Pada 23 Jun, kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Muktamad di Kuala Lumpur, disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Previous post

VW Dari Bugfest 2017

Next post

Tahukah Anda Alfa Romeo Ada Jeep Ini?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *