Motosikal / Lain Lain Roda

Peluang bawa balik motosikal Triumph Bonneville Bobber

Hard Rock Hotel Penang dan Fast Bikes Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan pertandingan Rock ‘N Ride di mana peserta berpeluang untuk memenangi motosikal Triumph Bonneville Bobber bernilai RM74,990.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hingga 14 Disember 2017, pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM250 di Hard Rock Cafe Penang layak menyertai cabutan bertuah yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia, serta penduduk tetap dan ekspatriat yang boleh memiliki motosikal secara sah di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn Bhd, Dato’ Razak Al-Malique Hussain, syarikat itu berbangga dapat bekerjasama dengan Hard Rock Cafe Penang untuk promosi ini.

DSC_0412

John Primmer, Pengurus Besar Hard Rock Hotel Penang berkata pertandingan tersebut berjaya menarik pelanggan untuk melihat motosikal yang ikonik itu dengan lebih dekat lagi.

Cabutan bertuah akan diadakan pada 15 Disember 2017 di Hard Rock Cafe Penang. Pemenang hadiah utama akan membawa balik motosikal Bonneville Bobber, tempat kedua akan mendapat penginapan selama tiga hari dua malam di Casa Del Mar, Langkawi manakala pemenang tempat ketiga mendapat penginapan satu malam di Hard Rock Hotel Penang.

Previous post

Hanya 10 Unit BRABUS 900 SUV Dibina Dan Mungkin Dah Habis Dijual

Next post

Siri Kereta Sport Toyota "GR" Mungkin Datang ke Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *