Cerita Auto

Pemenang Pertandingan Servis dan Menang Perodua Bawa Pulang Axia

Mohd Saipol Kamal yang berasal dari Ipoh telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama pertandingan Servis dan Menang Perodua. Beliau membawa balik sebuah Perodua Axia baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diadakan dari April hingga Jun tahun ini, pertandingan tersebut dianjurkan dengan kerjasama Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd yang merupakan pembekal minyak pelincir rasmi bagi Perodua.

Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr. Zahari Husin, syarikat itu menerima sebanyak 37,600 peserta dengan jumlah jualan minyak pelincir sebanyak 1.26 juta sepanjang tempoh pertandingan tersebut.

Bagi tahun ini, Perodua mensasarkan jumlah ambilan sebanyak 2.05 juta kenderaan berbanding 2.03 juta yang dicatatkan pada tahun 2016.

Dari aspek jualan, syarikat itu mencapai 137,200 unit kenderaan dari Januari hingga Ogos tahun ini, kenaikan 2.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

 

Previous post

Petronas, MAS Cargo Jalin Usahasama dengan Harley-Davidson Sempena Konvoi Borneo International H.O.G. Rally Malaysia

Next post

Ini dia ABT TT RS-R Roadster 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>