Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Shell Malaysia Berkongsi Teknologi Pengetahuan & Penyelesaian Penjimatan

Shell Malaysia baru-baru ini mengambil kesempatan untuk berkongsi teknologi pengetahuannya dengan rakan-rakan perdagangan utamanya di Shell Technovation 2017 Conference dengan tujuan membantu mereka mencapai kos pemilikan keseluruhan (TCO) lebih rendah.

Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants  untuk Malaysia dan Singapura, Baljit Singh, ianya mengenai pemahaman keperluan pelanggan dalam konteks perniagaan hari ini, dan kemudian bekerja dengan mereka sebagai rakan strategik untuk memenuhi keperluan industri yang berubah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Banyak syarikat yang merentasi sektor industri yang berbeza telah melaksanakan penilaian TCO, dengan mengetahui bahawa mengurangkan TCO sepanjang hayat mesin apa pun adalah kunci untuk mengekstrak nilai terbaik dari pelaburan. Namun kesan pelinciran pada TCO terlalu sering dipandang rendah.

Satu kajian antarabangsa yang ditugaskan oleh Shell Lubricants mendapati banyak syarikat yang kehilangan peluang untuk penjimatan kos yang signifikan kerana kurang memahami bagaimana pelinciran berkesan boleh membantu mengurangkan kos dan meningkatkan kebolehpercayaan peralatan.

Kajian mendapati bahawa dalam sektor pembinaan, 67% syarikat tidak percaya bahawa memilih pelincir berkualiti tinggi boleh membantu mengurangkan downtime yang tidak dirancang, dan 54% tidak mengharapkan ia membantu mengurangkan kos penyelenggaraan.

Dalam sektor perlombongan, kajian mendapati bahawa 96% syarikat perlombongan dilaporkan mengalami penutupan peralatan yang tidak dirancang dalam tempoh tiga tahun yang lalu, dengan lebih separuh (56%) mengakui bahawa ini disebabkan pemilihan atau pengurusan pelincir yang salah. Ini mempunyai kesan kewangan langsung, pada masa apabila daya saing kos adalah keutamaan bagi syarikat perlombongan.

 

Previous post

Land Rover Lancar Pertandingan Serantau Untuk Pengembaraan Enam Hari Peru

Next post

Kenderaan Rasmi Diplomatik Baharu China

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *