Berita Auto

Toyota Camry dan Corolla Altis Versi Ditambah Baik Dibuka Untuk Tempahan

UMW Toyota Motor telah membuka tempahan untuk Camry dan Corolla Altis baharu. Selain daripada beberapa penambahbaikan kecil, kedua-dua model kini boleh didapati dengan pelbagai aksesori pilihan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk Camry, penambahbaikan yang boleh didapati termasuk kemasan kayu karbon dengan jahitan berwarna coklat pada papan pemuka untuk semua varian, serta kemasan kulit Kogane (bermaksud emas dalam bahasa Jepun) untuk varian tertinggi iaitu Camry 2.5HV Luxury. Selain itu, sedan itu juga boleh ditempah dengan port pengecas USB, cermin sisi boleh lipat automatik dan Panoramic View Monitor (PVM).

Bagi Corolla Altis pula, ia boleh dipesan dengan dua port pengecas USB, cermin sisi boleh lipat automatik dan scuff plates berlampu. Sebagai tambahan, pembeli juga boleh mendapatkan Digital Video Recorder (DVR).

Corolla Altis

Tiada perubahan pada harga bagi kedua-dua model. Camry dijual dengan harga bermula dari RM148,600 manakala Corolla Altis boleh didapati pada harga bermula dari RM117,400.

Seperti model-model Toyota lain, Camry dan Corolla Altis didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Camry Hybrid turut mendapat jaminan bateri selama lapan tahun.

 

Previous post

LaFerrari Aperta Unik Dilelong Untuk Tujuan Amal

Next post

Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *