Cerita Auto

Volkswagen Jetta Comfortline Kini Dengan Kadar Faedah Serendah 0.88% Setahun

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan kadar faedah baharu untuk Jetta Comfortline iaitu serendah 0.88% setahun. Varian ini menyertai Vento 1.6L dan Passat 1.8L sebagai model VPCM yang ditawarkan dengan promosi kadar faedah yang rendah yang menerima sambutan yang baik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Promosi bermula dari hari ini hingga 31 Disember 2017. Promosi kadar faedah rendah bagi Jetta (0.28%) dan Passat (0.88%) turut akan dilanjutkan sehingga pada tarikh tersebut.

Promosi ini boleh digunakan untuk pinjaman sewa beli dengan tempoh lima hingga sembilan tahun, dan bermula dari serendah 0.88% untuk Jetta Comfortline. Membuatkan pembelian itu lebih menarik adalah pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau 75,000 km.

Model
5 tahun
7 tahun
9 tahun
Jetta Comfortline
0.88%
1.28%
1.68%

 

Jetta menampilkan enjin 1.4L TSI yang dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan. Dengan 150 PS dan 250 Nm dari 1,500 hingga 3,500 rpm, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 8.6 saat.

Previous post

Haval H2 CKD - Dari RM98,950

Next post

Renault Megane R.S. Generasi Ketiga Ada 280 HP, 4Control

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>