Berita Auto

Volvo S90 T8 Twin Engine CKD Kini Dibuka Untuk Tempahan

Volvo Car Malaysia telah mengumumkan bahawa S90 T8 Twin Engine versi CKD kini dibuka untuk tempahan dengan harga pengenalan RM348,888 (harga atas jalan tanpa insurans).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dipasang di kilang Volvo yang terletak di Shah Alam, S90 T8 Twin Engine didatangkan dengan kemasan Inscription, kemasan paling mewah dari jenama Sweden itu. Ia akan ditawarkan sebagai varian tertinggi dalam barisan S90 selepas varian T5 dan T6 R-Design.

Rangkaian kuasa T8 Twin Engine mempunyai kuasa keseluruhan sebanyak 407 hp dan 640 Nm yang dihasilkan oleh enjin supercaj/turbo 2.0-liter empat silinder dan motor elektrik yang terletak di gandar belakang. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.8 saat.

VCC09998

Sama seperti XC90 T8, S90 T8 juga akan diimport ke pasaran-pasaran terpilih di rantau ini.

 

Previous post

Porsche 911 GT3 Dengan Touring Package Khas Untuk Peminat Manual

Next post

Kejohanan China GT Kembali ke Shanghai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *