Motosikal / Lain Lain Roda

BMW Motorrad Malaysia pertaruhkan HP4 Race, G 310 GS dan S 1000 XR

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan barisan motosikal baharunya pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2017 hujung minggu ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

HP4 Race (RM520,900)

Terhad kepada 750 unit sahaja di seluruh dunia, HP4 Race dikuasakan oleh enjin bagi tujuan perlumbaan. Kuasa maksimumnya mencecah 215 hp pada 13,900 rpm dan tork puncak 120 Nm pula boleh dicapai pada 10,000 rpm.

P90254419_highRes_bmw-hp4-race-04-2017

Kotak gear perlumbaan enam kelajuan dengan nisbah pendek digunakan, malah nisbah transmisi dan beberapa nisbah sekunder turut dioptimumkan.

Model ini menggunakan kerangka gentian karbon. Dengan berat keseluruhan 171 kg, ia sebenarnya lebih ringan berbanding mana-mana jentera yang digunakan dalam Kejohanan Superbike Dunia sekarang.

P90254403_highRes_bmw-hp4-race-04-2017

Antara kelengkapan yang disertakan termasuklah fork terbalik FGR 300 dan topang gegelung TTX 36 GP keluaran Ohlins, lengan ayun aloi ringan serta angkup brek monoblock Brembo GP4 PR. Pakej sistem bantuan penunggang, kawalan elektronik dan satu sistem elektrikal ringan turut disertakan.

G 310 GS (RM29,900)

BMW (3)

Berbanding G 310 R, model GS ini direka untuk tunggangan ‘off-road’. Motosikal seberat 169 kg ini menampilkan rangkaian kuasa yang sama yang terdiri daripada enjin 313 cc silinder tunggal dengan 34 hp dan 28 Nm.

BMW G 310 GS (6)

Dari segi suspensi, ia menggunakan kerangka besi tubular dengan fork terbalik di depan dan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung di belakang.

BMW G 310 GS (5)

Ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu Cosmic Black, Racing Red dan Pearl White.

S 1000 XR (RM105,900)

BMW S 1000 XR (1)

Motosikal ‘adventure sport touring’ ini telah dipertingkatkan dengan enjin lebih berkuasa yang menghasilkan 165 hp pada 11,000 rpm, 5 hp lebih tinggi berbanding sebelum ini.

BMW S 1000 XR (6)

Bukan itu sahaja, aspek getaran bar pemegang yang dioptimumkan dan penambahan 10 kg memberikan motosikal ini lebih kestabilan ketika menunggang, selain boleh membawa lebih banyak beban.

BMW S 1000 XR (6)

Ia boleh didapati dalam satu warna sahaja iaitu Ocean Blue.

 

 

Previous post

MForce Bike Holdings lancar Benelli Leoncino dan 3 motosikal Keeway

Next post

Honda Turut Pamer Model Global Mereka: Civic, Accord Dan CR-V Di Tokyo Motor Show 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *