Motosikal / Lain Lain Roda

DBMG 2017 himpun 31 kelab permotoran dari seluruh Borneo

Demak Borneo Mega Gathering (DBMG) 2017 yang berlangsung sempena Kuching International Bike Week (KIBW) pada 14-15 Oktober lalu, berjaya mengumpulkan kira- kira 480 peserta dan pemilik motosikal berhimpun di Kilang Demak di Kuching.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan tema ‘Jarak Bukan Penghalang’, para peserta terdiri daripada pelbagai pemilik motosikal Demak dan jenama-jenama lain di mana sebahagian besarnya datang dari 31 buah kelab permotoran seluruh Sarawak dan Sabah.

Malah, ada pemilik motosikal sanggup mengarungi perjalanan sejauh 1,500 kilometer dari Tawau berkonvoi semata-mata untuk menyertai DBMG yang julung-julung kali diadakan ini.

Demak 18

Penolong Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Demak Marketing Sdn. Bhd., Wan Najib Wan Daud berkata, “DBMG merupakan kali pertama diadakan sempena KIBW dan sambutan yang diterima terlalu menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 480 peserta dari pelbagai latar belakang pemilik motosikal,” katanya.

Malah katanya, penganjur terpaksa menolak permohonan dari kelab-kelab yang ingin menyertai DBMG di saat-saat akhir berikutan risau mengenai masalah logistik.

Demak 22

DBMG kali ini mengimpunkan pelbagai model motosikal keluaran Demak dari model cub hinggalah ke model motard. Wan Najib berkata, sambutan dari pemilik jenama lain juga amat menggalakkan kerana selain dari jenama Yamaha, DBMG turut mengumpulkan jenama dari Honda, Kawasaki, KTM, KTNS, SYM, Modenas dan Ducati.

“Ini menunjukkan semangat kekeluargaan dari kalangan pemilik motosikal adalah kuat tanpa menghiraukan jenama motosikal masing-masing,” katanya.

Demak 2

Beberapa acara sampingan turut diadakan seperti sesi tunggang uji empat model motosikal Demak, acara stunt oleh pemilik motosikal Demak, sesi karaoke, sesi cabutan bertuah dan jamuan makan tengah hari sebelum semua peserta berlepas ke City One MegaMall Kuching. Konvoi dilepaskan oleh Pengurus Besar Operasi Demak Marketing (Borneo) Ling Boo Hiung.

Berikutan sambutan yang amat menggalakkan itu, sebahagian besar kelab permotoran yang menyertai DBMG kali ini telah menyatakan komitmen masing-masing untuk menyertai DBMG pada tahun hadapan.

Demak 7

Previous post

Brand Tagline Toyota Jepun ... 'Start Your Impossible'

Next post

Perodua Kekal Sasaran Jualan 202 Ribu Untuk 2017, Optimis Jualan Suku 4 Akan Lebih Baik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *