Gaya Hidup

Kempen ‘Big Deal’ Renault Fluence Kini Kembali Dengan Nilai Hebat

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan
Renault di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa kempen ‘Big Deal’ Renault Fluence kini
kembali atas permintaan ramai untuk menawarkan nilai lebih hebat ke atas sedan 2.0 liter empat
pintu yang luas dan menarik ini.

Screen Shot 2017-10-09 at 2.53.50 PM

Promosi ini sah ke atas beberapa unit terpilih varian Renault Fluence Dynamique model tahun
2017 pada harga istimewa RM89,888 (tanpa tempat duduk kulit) atau RM93,888 (dengan tempat
duduk kulit). Harga nomal Fluence Dynamique ialah RM119,888. Semua harga yang dinyatakan
adalah di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung
Malaysia sahaja.

Screen Shot 2017-10-09 at 2.54.43 PM
Kempen ‘Big Deal’ Renault Fluence sah mulai sekarang sehingga 31 Oktober 2017 atau sehingga
stok masih ada. Sah ke atas unit yang didaftarkan sepanjang tempoh kempen ialah jaminan
pengilang selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Dengan tambahan RM3,500 anda
boleh memilih pakej servis selama 5 tahun / 100,000km (termasuk alat ganti dan kos buruh), yang
hadir dalam pakej selepas jualan ‘5-in- Fluence’.

Screen Shot 2017-10-09 at 2.53.17 PM
“Renault Fluence memenuhi semua aspek seperti keselesaan, luas, boeh dipercayai dan menjadi
satu pilihan yang praktikal buat pengguna di Malaysia. Kempen Big Deal membuatkan Fluence
lebih menarik apabila menawarkan nilai lebih baik untuk sedan segmen-C,” kata Ketua Pegawai
Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.

Penampilan moden yang tersendiri, keselesaan, keluasan premium dan ciri keselamatan
komprehensif
Sedan 2.0 liter Renault Fluence menggabungkan gayaan moden tersendiri dan perkadaran
terbaik yang membuatkannya lebih menonjol dalam segmennya melalui prestasi serta
keselesaan. Hasilnya ialah satu reka bentuk yang penuh fungsi, pintar dan menarik. Gril hadapan
yang garang dan menyerlahkan semua model kontemporari Renault, jelas menzahirkan
kemantapannya di atas jaan raya.
Masuk ke dalam Fuence dan memegang stereng, di situ lah ciri utama sedan ini semakin jelas.
Kabin yang elegan dan cukup luas itu menggabungkan reka bentuk moden serta kualiti
pertukangan mengagumkan, sekali gus menyerlahkan rasa yang premium. Terdapat ruang
belakang dan kepala yang luas, serta ruang kaki seluas 238mm. Ruang but cukup luas dengan
kapasiti 530 liter yang boleh ditingkatkan lagi apabila tempat duduk dilipat dengan konfigurasi
60:40.

Screen Shot 2017-10-09 at 2.53.35 PM

Ideal untuk kegunaan di bandar atau memandu di lebuh raya, Renault Fluence sangat selesa

bersama pengendalian yang selamat di atas laluan lurus dan mencengkam ketika mengambil
selekoh. Pecutan dapat dilakukan dengan lancar dan senyap kerana bunyi angin dapat diserap
begitu baik untuk memastikan perjalanan yang memuaskan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101
Terkenal dengan kuasa dan kebolehpercayaannya, Renault Fluence dikuasakan oleh enjin petrol
bersesaran 2.0L yang dipadankan dengan kotak gear automatik CVT X-Tronic. Ia menawarkan
maklum balas lebih baik dan penggunaan bahan api yang optimum. Teknologi CVT (Continuously
Variable Transmission) membolehkan penukaran gear dibuat dengan lancar terutama ketika
memecut.
Dari segi prestasi, Renault Fluence menawarkan kuasa maksimum 143PS pada 6,000rpm dan
tork puncak 195Nm pada 3,750rpm. Renault Fluence padat dengan ciri ketersambungan dan kemudahan tambahan untuk pemanduan

yang lebiih lancar. Ia juga hadir bersama sistem keselamatan pasif dan aktif sebagai perlindungan
kepada semua penumpang.

Screen Shot 2017-10-09 at 2.52.49 PM

Kit dan ciri standard termasuklah:
 Sistem multimedia Renault R-Link dengan navigasi binaan dalam, ketersambungan USB,
kit Bluetooth dan pemain muzik
 Paparan skrin sentuh bersaiz tujuh inci
 Kad bebas tangan yang menawarkan kemasukan tanpa kunci dan fungsi mengunci
kenderaan
 Lampu nyalaan siang
 Corong pendingin hawa belakang
 Penggilap cermin dan lampu hadapan automatik
 Ciri lampu follow-me- home
 Kamera undur
 Pendingin hawa dua zon automatik
 ABS (Sistem Brek Anti-kunci) dengan EBD (Electronic Brakeforce Distribution)
 ESP (Electronic Stability Program) dengan ASR (kawalan cengkaman)
 Enam beg udara (pemandu dan penumpang hadapan, bahagian dada pemandu dan
penumpang hadapan, beg udara jenis curtain untuk bahagian hadapan dan belakang
kepala)
 Cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX pada tampat duduk belakang
 Kawalan jelajah dengan pengehad kelajuan
 Tali pinggang keledar 3 poin boleh laras ketinggian dengan ciri pra-regangan
Renault Fluence didatangkan dengan rim aloi dua tona bersaiz 17 inci dan hadir dalam lima pilihan
warna – merah (Crimson Red), perak (Ultra Silver), hitam metalik (Black Metallic), kelabu (Mars
Grey) dan putih mutiara (White Pearl).
‘Ketenangan minda’ yang sebenar dengan pakej selepas jualan 5-in- Fluence Renault 1
Renault Fluence hadir dengan pakej pemilikan yang sememangnya memberi ketenangan minda.
Ia merangkumi fahedah-faedah berikut:
 Jaminan pengilang selama lima tahun dan perbatuan tanpa had
 Servis dan penyelenggaraan (alat ganti dan kos buruh) untuk tempoh lima tahun atau
sehingga 100,000km, mana-mana tiba dahulu melalui satu pakej menarik pada harga
RM3,500
 Bantuan tepi jalan percuma 24 jam 2
 Pengambilan dan penghantaran sepanjang penyelenggaraan berjadual di pusat servis
Renault
 Perkhidmatan mobiliti dengan penggantian kereta sekiranya mana-mana alat ganti tidak
boleh diperolehi lebih 48 jam di pusat servis sah, bergantung kepada kebolehdapatan
Maklumat lanjut mengenai Fluence dan Renault di Malaysia, sila layari laman web
www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Screen Shot 2017-10-09 at 2.52.34 PM

Screen Shot 2017-10-09 at 2.51.46 PM

Previous post

Toyota di Tokyo Motor Show 2017

Next post

PROTON Iriz Terima Anugerah Kereta Kompak Terbaik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *